Respons_lari_atau_lawan

Respons lari atau lawan merupakan reaksi fisiologi yang berlaku sebagai tindak balas setelah dicerapnya peristiwa berbahaya, serangan, atau ancaman kepada nyawa.[1] Ia mula-mula diperikan oleh Walter Bradford Cannon.[lower-alpha 1][2] Teorinya mengatakan bahawa haiwan bereaksi terhadap ancaman dengan memasang seluruh sistem saraf simpatetik untuk menyiapkan haiwan itu untuk melawan atau mencabut lari.[3] Khususnya lagi, medula adrenal menghasilkan lata hormon yang menyebabkan rembesan katekolamina, khususnya.[4]Respons ini dikenali sebagai peringkat pertama dalam sindrom adaptasi am yang mengawal respons tekanan di kalangan vertebrat dan lain-lain organisma.[5]