Retina (dari Latin rēte, "jaring") merupakan lapisan tisu peka cahaya yang menggarisi permukaan dalam
mata. Optik mata menghasilkan gambaran alam pada retina yang lebih kurang sama fungsinya dengan filem kamera. Cahaya yang menyentuh retina memulakan peristiwa kimia dan elektrik melata-lata yang akhirnya mencetuskan impuls saraf yang disampaikan ke pelbagai pusat penglihatan dalam
otak melalui gentian
saraf optik.Retina merupakan struktur yang berlapis-lapiskan
neuron yang disalinghubungkan oleh
sinaps. Neuron yang peka kepada cahaya secara langsung adalah
sel fotopenerima yang terdiri daripada dua jenis, iaitu
sel batang dan
sel kerucut. Sel batang berfungsi terutamanya dalam cahaya malap dan membekalkan penglihatan hitam putih, sementara sel kerucut menyokong penglihatan waktu siang dan pencerapan warna. Jenis sel fotopenerima ketiga yang lebih jarang iaitu
sel ganglion fotopeka adalah penting untuk tindak balas refleks kepada cahaya siang yang terang.Isyarat neuron dari sel-sel batang dan kerucut ini menjalani pemprosesan oleh neuron-neuron retina yang lain. Hasilnya berbentuk
potensi tindakan dalam
sel ganglion retina yang
akson-aksonnya membentuk saraf optik. Sesetengah ciri-ciri penting
deria penglihatan boleh dijejaki kepada pengekodan dan pemprosesan cahaya dalam retina.