Revolusi_Perindustrian
Revolusi_Perindustrian

Revolusi_Perindustrian

Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara sehingga ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian. Revolusi Perindustrian merupakan satu titik perubahan penting dalam sejarah manusia, sama seperti penemuan perladangan atau kebangkitan negara-kota.Pada akhir tahun 1700-an, berlaku perubahan ekonomi Great Britain yang berasaskan tenaga manual buruh kepada pembuatan berasaskan mesin. Perubahan ini dimulakan dengan industri tekstil, perkembangan teknik membuat besi dan peningkatan penggunaan arang batu. Perkembangan perdagangan pula dipermudahkan dengan pengenalan terusan, jalan yang baik dan landasan keretapi. Pengenalan enjin stim yang digerakkan oleh arang batu dengan penggunaan mesin terutamanya dalam pembuatan tekstil telah meningkatkan lagi pengeluaran secara besar-besaran[1]. Revolusi ini dirancakkan dengan perkembangan peralatan mesin yang dibuat dari besi pada dua dekad pertama kurun ke-19 yang membolehkan pengeluaran mesin-mesin untuk kegunaan industri lain. Kesannya kemudian merebak ke seluruh Eropah Barat dan Amerika Utara semasa kurun ke-19, yang kemudiannya memberi kesan menyeluruh kepada dunia. Impak perubahan ini kepada masyarakat sangat besar[2].kesan revolusi pertanian di Eropah- Sebagai puna ekonomi negara- Dikomersilkan- Lebihan produk pertanian dieksport- Peladang menjadi pedagang antarabangsa- Menyediakan makanan yang cukup- Tenaga buruh banyak- Tuan tanah menjadi penguasaha ladang- Peningkatan perdagangan antarabangsa/tidak dapat dipasarkan semuanya di dalam negara- Keuntungan dimaksimumkan- Kemajuan bidang pengangkutan- Rekaan enjin berkuasa wap- Penggunaan keretapi- Kemunculan golongan buruh dan majikan- Muncul sistem ekonomi berskala besar- Buruh tidak mendapat layanan baik