Revolutionary_Road

Revolutionary Road ialah film drama romantis 2008 arahan Sam Mendes dan diterbitkan oleh Bobby Cohen, Sam Mendes dan Scott Rudin. Skrip filem ini ditulis oleh Justin Haythe berdasarkan novel bertajuk sama karya Richard Yates. Filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Kate Winslet, Michael Shannon, Kathryn Hahn, David Harbour, Kathy Bates dan Ty Simpkins.Ini merupakan filem kolaborasi kedua Leonardo DiCaprio, Kate Winslet dan Kathy Bates selepas filem Titanic. Filem ini ditayangkan secara perdana di Los Angeles pada 15 Disember 2008 dan dikeluarkan di UK pada 30 Januari 2009. Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada 26 Disember 2008 secara terhad dan 23 Januari 2009 secara meluas. Filem ini menerima ulasan dari pengkritik filem.

Revolutionary_Road

Bahasa Bahasa Inggeris
Berdasarkan Revolutionary Road oleh
Richard Yates
Lakon layar oleh Justin Haythe
Muzik oleh Thomas Newman
Disunting oleh Tariq Anwar
Pengarah Sam Mendes
Penerbit Bobby Cohen
Sam Mendes
Scott Rudin
Pecah panggung $75.226.021[2]
Mula ditayangkan 15 Disember 2008 (2008-12-15) (Los Angeles)
26 Disember 2008 (terhad di Amerika Syarikat)
23 Januari 2009 (secara meluas di Amerika Syarikat)
30 Januari 2009 (United Kingdom)
Syarikatpenerbitan
BBC Films
Neal Street Productions
Sinematografi Roger Deakins
Tempoh tayangan 119 minit[1]
Dibintangi oleh Leonardo DiCaprio
Kate Winslet
Michael Shannon
Kathryn Hahn
David Harbour
Kathy Bates
Ty Simpkins
Negara Amerika Syarikat
England
Pengedar DreamWorks Pictures
Paramount Vantage
Perbelanjaan $35 juta[2]