Ribut_Taufan_Earl_(2010)
Ribut_Taufan_Earl_(2010)

Ribut_Taufan_Earl_(2010)

Hurikan Earl ataupun Ribut Taufan Earl adalah tekanan rendah tropika ketujuh, ribut tropika kelima, hurikan ketiga dan hurikan utama kedua musim hurikan Atlantik 2010. Ia terbentuk sebagai hurikan gaya Tanjung Cape klasik daripada satu kawasan luas tekanan rendah yang bersekutu dengan gelombang gangguan tropika umum pada 25 Ogos. Ia secara perlahan-lahan teratur dan menjadi ribut tropika pada hari yang sama berhampiran Kepulauan Tanjung Verde. It mengekalkan angin puncak 45 bsj (70 km/j) selama dua hari, sebelum perlahan-lahan menguat menjadi ribut tropika 60 bsj (100 kmjh). It mengekalkan kelajuan itu untuk 12 jam, dan kemudian menjadi hurikan ketiga musim tersebut. Pada 30 Ogos 11:00 am AST, Earl terus menguat kepada hurikan kategori 3, dan seterusnya kategori 4 pada petang itu.Di Kepulauan Leeward, Hurikan Earl menyebabkan kerosakan sederhana sehingga $150 juta (USD 2010); seorang mangsa dilaporkan mati lemas akibat hurikan ini. Di Kanada pula, seorang lagi turut lemas, dan ramai penduduk kehilangan kuasa elektrik secara berpanjangan.