Richard_Feynman
Richard_Feynman

Richard_Feynman

Richard Phillips Feynman (11 Mei 191815 Februari 1988) (nama akhir disebut sebagai FINE-man) adalah antara ahli fizik Amerika Syarikat yang termasyhur dalam abad ke-20. Beliau berjaya mengembangkan teori kuantum elektrodinamik, teori kuark, dan fizik superbendalir helium cecair yang adisejuk. Feynman membantu dalam pembinaan bom atom, dan kemudian menjadi seorang anggota suruhanjaya yang menyiasat Bencana Bolak-balik Angkasa Lepas Challenger. Kerana penyelidikannya dalam bidang kuantum elektrodinamik, Feynman dianugerahkan Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1965, bersama dengan Julian Schwinger dan Shin-Ichiro Tomonaga. Walaupun beliau hanya mengarang 37 buah kertas penyelidikan pada sepanjang hidupnya, ramai orang merasakan penemuanannya di Caltech tentang superbendalir dan peramalan kuark melayakkannya untuk menerima Hadiah Nobel.Selain itu, Feynman juga antara peneroka terawal komputer kuantum dan ahli sains pertama yang membincangkan kemungkinan teknologi nano secara terbuka. Beliau juga seorang yang berpengaruh dalam mempopularkan fizik di kalangan orang ramai, dengan syarahannya, Terdapat Banyak Ruang di Bawah (1959), dan himpunan syarahannya, Syarahan Feynman mengenai Fizik,  menjadi buku-buku laris di banyak negara di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Rusia. Feynman juga dikenali untuk jenaka, minat dalam aktiviti bermain bongo, serta penterjemahan hieroglif kaum Maya.

Richard_Feynman