Richard_I_dari_England
Richard_I_dari_England

Richard_I_dari_England

Raja Richard I (8 September 1157 – 6 April 1199) merupakan Raja England dari 6 Julai 1189 sehinggalah kemangkatan baginda. Baginda juga memerintah sebagai Duke Normandy, Aquitaine dan Gascony, Lord Cyprus, Count Poitiers, Anjou, Maine dan Nantes dan Dipertuan Brittany pada pelbagai masa dalam tempoh yang sama. Baginda merupakan paduka putera yang ketiga daripada lima putera Raja Henry II dari England dan Duchess Eleanor dari Aquitaine. Baginda dikenali sebagai Richard Cœur de Lion atau Richard si Hati Singa disebabkan kemasyhuran baginda sebagai seorang pemimpin tentera dan pahlawan yang hebat.[1] Baginda juga dikenali dalam bahasa Occitan sebagai Oc e No (Ya dan Tidak), disebabkan oleh kemasyhurannya dalam bersifat lemah lembut.[2]Menjelang usia 16 tahun, Raja Richard telah bertitah memerintah tentera baginda sendiri untuk menghentikan pemberontakan di Poitou menentang ayahanda baginda.[1] Raja Richard merupakan komander Kristian yang utama ketika Perang Salib Ketiga, memimpin kempen ketenteraan setelah keberangkatan Raja Philip II dari Perancis dan memperoleh kemenangan yang besar menentang rakan sejawat baginda yang beragama Islam, Sultan Salahuddin al-Ayyubi, walaupun baginda tidak menawan semula Baitulmuqaddis dari Sultan Salahuddin al-Ayyubi.[3]

Richard_I_dari_England

Raja permaisuri Permaisuri Berengaria
Pemerintahan 6 Julai 1189 – 6 April 1199
Ayahanda Raja Henry II
Pemakaman Gereja Fontevraud, Anjou, Perancis
Bonda Permaisuri Eleanor
Agama Gereja Roman Katolik
Kerabat Plantagenet / Angevin[nb 1]
Pemangku raja Permaisuri Eleanor; William de Longchamp (Perang Salib Ketiga)
Anakanda Putera Philip (anakanda luar nikah)
Kemangkatan 6 April 1199(1199-04-06) (umur 41)
Châlus, Duci Aquitaine
(kini di Limousin, Perancis)
Kemahkotaan 3 September 1189
Didahului oleh Raja Henry II
Keputeraan (1157-09-08)8 September 1157 tahun tidak sah
Istana Beaumont, Oxford, England
Diikuti oleh Raja John