Richard_Nixon
Richard_Nixon

Richard_Nixon

Richard Milhous Nixon (9 Januari 191322 April 1994) ialah Naib Presiden Amerika Syarikat ke-36 (1953 - 1961) dan Presiden Amerika Syarikat ke-37 (1969 - 1974). Beliau merupakan presiden Amerika Syarikat pertama yang mengundurkan diri daripada perkhidmatannya. Pengundurannya disebabkan skandal yang disebut Skandal Watergate. Beliau juga mengumumkan berakhirnya Perang Vietnam yang telah menelan korban ribuan tentera pada 23 Januari 1973. Pengumuman itu secara tidak langsung menjadi pengakuan Amerika bahawa mereka kalah perang di kancah Asia Tenggara.