Watak Rimba_Racer

  • Tag
Disuarakan: Azman Zulkiply (BM) dan Steven Tan (BI)Ialah spesies Harimau Malaya, dia adalah protagonis cerita ni yang mempunyai bakat semula jadi dalam sukan perlumbaan. Dia memandu kereta 'The Ripper' yang berwana oren jenis Formula-1.
  • Miles
Disuarakan: Megat Zahrin (BM) dan Iain McNally (BI)Ialah spesies Burung Hantu, adalah rakan kongsi dan pembantu Tag juga bekerja sebagai mekanik atau pereka untuk kereta lumba Tag. Dia sentiasa bimbang tentang sesuatu mengenai bapa Tag . Beliau juga diugut oleh King mengenai isu ini.
  • Axle
Disuarakan: Azman Zulkiply (BM) dan Steven Tan (BI)Ialah spesies Helang, beliau sering digelar sebagai 'The Ace' untuk kemahiran perlumbaan yang tak tercabar, menjadi juara veteran dan bertahan RGP.
  • Sonny
Disuarakan: Fuad Md. Din (BM) dan Choong Chi-Ren (BI)Ialah spesies Beruang, adalah seorang pelumba yang ceria. Beliau sering digandingkan dengan Meika. Beliau menolong Tag dalam misinya bagi merebut kejuaraan RGP.
  • Tamira
Disuarakan: Aina Nadzir (BM) dan Sherilyn Pang Li Ching (BI)Ialah spesies Harimau Kumbang, yang juga berperanan sebagai teman wanita Tag. Pada mulanya, dia di pihak King tetapi ke arah pengakhiran musim pertama, dia membela Tag dan kawan-kawannya dalam misi mereka.
  • Wrecks
Disuarakan: Megat Zahrin (BM) dan Kevin Adrian Barnaby (BI)Ialah spesies Badak Sumbu, beliau terutamanya dipaparkan di pihak kejahatan bersama-sama dengan Axle, Tamira, Krom, dan King. Beliau sering ditunjukkan baik di hati walaupun berada di bawah perintah Krom.
  • Krom
Disuarakan: Shafiq Isa (BM) dan Azman Zukiply (BI)Ialah spesies Buaya, beliau sentiasa berpihak dengan King dalam perbuatannya yang jahat. Dia sering bertualangan dengan Tag dan cuba untuk mengalahkan dia. Beliau adalah watak yang sangat keras dan kuat.
  • Meika
Disuarakan: Ida Rahayu (BM) dan Assila Liyana Ahmad Badri (BI)Ialah spesies Musang, beliau sentiasa membantu Tag dan rakan-rakanya ketika mereka berada dalam masalah, meskipun itu, Meika seorang yang sangat kompetitif dan pelumba berkaliber. Di akhir musim pertama, beliau berpaling tadah ke pihak King.
  • Meelo
Disuarakan: Usamah Zaid (BM) dan Tikriti Shabudin (BI)Ialah spesies Sumpah-Sumpah, beliau sentiasa peka dengan teknologi semasa dan sering memberi Tag idea-idea yang menarik ketika perlumbaan, dia juga sering jadi pengacau dan suka menyibuk hal-hal berkaitan kereta yang sedang dibaiki oleh Miles.
  • Cuckoo
Disuarakan: Shafiq Isa (BM) dan Azman Zulkiply (BI)Ialah spesies Ayam, beliau adalah seorang penakut yang sering terkejut ketika disapa oleh wartawan mahupun peminat. Walaupun dengan karakter yang sebegitu, Cuckoo sangat cepat dalam gerakan beliau di litar, Cuckoo, seperti Tag, adalah pelumba baru RGP.
  • Ooaa
Disuarakan: Iain McNally (BM) dan Azman Zulkiply (BI - tidak dikreditkan)Ialah spesies Monyet, beliau seorang yang pemarah dan suka membuat bising sebelum dan ketika belumba. Meskipun begitu, Ooaa merupakan pelumba yang berbakat dan sukar untuk di diteka oleh mana-mana pelumba di litar.
  • En. King
Disuarakan: Azuan Shamsir (BM) dan Kevin Adrian Barnaby (BI)Ialah spesies Badak Air, beliau seolah-olah memiliki kekayaan yang tidak terhad, Encik King adalah pemberi dana utama dan halus kepada Grand Prix Rimba. Karisma, kemurahan hati dan suara yang besar telah menjadikannya popular di kalangan masyarakat awam dan dia terkenal dengan sifatnya yang menyambut ke arah pendatang baru dalam sukan perlumbaan. King merupakan salah seorang antagonis utama selepas Axle.
  • Cik Dira
Disuarakan: Sarah Nadhirah (BM) dan Chan Su Ling (BI)Ialah spesies Rusa, beliau seorang wartawan muda yang bersemangat, dan bertenaga. Cik Dira telah membina reputasi untuk dirinya sebagai wartawan di tempat kejadian untuk Rimba Grand Prix. Dengan sikapnya yang mesra, gaya laporannya yang bersuara, kemahiran menemuramah yang berminat dan sikap 'apa sahaja boleh', dia adalah bintang di saluran sukan Rimba News Network.
  • Cik Torres
Disuarakan: Salina Salmee (BM) dan Nadia Mahmud (BI)Ialah spesies Arnab. beliau adalah pembantu peribadi kepada Encik King, Torres juga dipertanggungjawabkan dalam menyelaraskan semua urusan perniagaan King. Tenang, cekap dan sangat berdedikasi untuk tugasnya, dia melakukan semua kerja-kerja tanpa persoalan.
  • Pike
Disuarakan: Khairul Azmi Bin Abd Rahman (BM) dan Fadhil Luqman (BI)Ialah spesies Serigala, beliau menawan juga sangat cerdik, Pike mempunyai niat jahat terhadap Tag dan pasukanya. Dia juga ahli kepada perikatan misteri dengan orang-orang seperti En. King, Axle, dan Krom. Pike muncul di musim kedua.
  • Vyxx
Disuarakan: Nur Aleesya Wong Lee Yien (BM) dan Yvonne Chong Shin Vun (BI)Ialah spesies Dubuk, beliau berkerjasama dengan Pike dan Xeno, Vyxx sangat kepoh, kasar, dan lebih jahat dari Pike, beliau menikmati menidakan lawannya (terutama Tamira) semasa perlumbaan. Vyxx muncul di musim kedua.
  • Xeno
Disuarakan: N/AIalah spesies Katak puru, seperti Vyxx, beliau adalah rakan sepasukan kepada Pike, Xeno adalah seorang veteran di kalangan trio tersebut. Beliau sama seperti pakar teknologi yaitu Meelo, tetapi dengan niat jahat yang tersembunyi. Xeno bercakap dalam bahasa yang pelik dan sukar untuk difahami. Xeno muncul di musim kedua.