Syiling Ringgit_Malaysia

Siri pertama (1967)

Siri pertama wang syiling sen diperkenalkan pada tahun 1967 dalam peringkat-peringkat nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, disusuli dengan munculnya wang syiling 1 ringgit (yang memakai lambang $ dan merupakan syiling terbesar dalam siri) pada tahun 1971. Walaupun berbeza-beza diameternya, namun hampir semua syiling ini ditempa dengan reka bentuk yang hampir sejajar di muka hadapan dan belakangnya sekali. Muka hadapan syiling ini bergambar Bangunan Parlimen Malaysia serta lambang bintang dan bulan persekutuan yang berasal daripada bendera Malaysia. Semua syiling ini dibuat dengan kupronikel kecuali syiling 1 sen yang asalnya dibuat dengan gangsa pada tahun 1967 hingga 1972, kemudian dengan keluli bersalut tembaga mulai tahun 1973. Syiling 50 sen ialah satu-satunya syiling dalam siri yang menjalani rekaan semula, iaitu pada tahun 1971 apabila sisinya menerima pengubahsuaian kecil supaya tertera tulisan huruf "Bank Negara Malaysia".

Pengeluaran siri sen pertama diberhentikan pada tahun 1989 apabila siri kedua diperkenalkan, namun masih diterima sebagai wang sah pada tahun 2010 walaupun semakin jarang diedarkan sejak keluarnya siri kedua.


Siri pertama
ImejNilaiParameter teknikalKeteranganTarikh
HadapanBelakangDiameterKandunganSisiBelakangHadapantempaan pertamakeluaran
1 sen18 mmGangsaKosongBangunan Parlimen, bintang berbucu 13 dan bulan sabitGelaran negara, nilai, tahun ditempa196712 Jun 1967
1 senKeluli bersalut tembaga1973?
5 sen16 mmKupronikelBersuriBangunan Parlimen, bintang berbucu 13 dan bulan sabitGelaran negara, nilai, tahun ditempa196712 Jun 1967
10 sen19 mm
20 sen23 mm
50 sen28 mm
50 senBerhuruf "BANK NEGARA MALAYSIA"1971?
$133 mmBerhuruf "BANK NEGARA MALAYSIA"Bangunan Parlimen, bintang berbucu 14 dan bulan sabit. Bulan sabit dan bintang ini tampak lebih tirus; bulan sabit itu lebih besar dan terletak di kedudukan yang sama dengan Bangunan Parlimen.19711 Mei 1971

Siri kedua (1989)

Siri kedua wang syiling sen diedarkan mulai akhir tahun 1989, tampil dengan reka bentuk serba baru pada kedua-dua muka, tetapi masih mengekalkan reka bentuk sisi, diameter dan komposisi siri yang terdahulu, kecuali syiling seringgit. Antara ciri-ciri reka bentuk baru ini termasuk gambar peralatan tradisional Melayu di muka hadapan, serta peneraan bunga raya, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, di bahagian atas muka belakangnya. Siri kedua ini direka oleh Low Yee Kheng.

Selain perubahan pada muka-mukanya, syiling 1 ringgit turut dikecilkan diameternya daripada 33 mm kepada 24 mm, dan bahannya ditukar daripada kupronikel kepada aloi tembaga, zink dan timah. Lambang $ turut dibawa ke syiling baru itu, tetapi digugurkan untuk membuka laluan kepada "RINGGIT" bagi syiling-syiling yang ditempa mulai tahun 1993. Pada 7 Disember 2005, syiling 1 ringgit dinyahwang dan ditarik keluar dari edaran. Antara sebabnya ialah masalah berkenaan penyelarasan (ditempanya dua versi berlainan dalam siri kedua ini) serta pemalsuan.

Setakat 1 April 2008, berkuatkuasanya mekanisme pembundaran harga kepada 5 sen yang terdekat dalam pembilan jumlah harga, yang mula-mula diumumkan oleh Bank Negara pada tahun 2007 sebagai langkah menyingkirkan syiling 1 sen.[28] Barang-barang dan perkhidmatan individu masih boleh diberi harga berangka kandungan 1 sen sementara jumlah harga muktamad dibundarkan kepada 5 sen yang terdekat. Misalnya, dua barang yang masing-masing berharga RM4.88 dan RM3.14, maka berjumlah RM8.02, dibundarkan kepada RM8.00. Jika setiap barang itu dibundarkan satu demi satu (masing-masing kepada RM4.90 dan RM3.15), maka jumlah yang tidak betul ialah RM8.05. Secara amali, barang-barangan individu kekal berharga pada "titik harga" (atau harga psikologi dan harga nombor ganjil) yang berakhir dengan 98 dan 99 untuk memaksimumkan untung pembundaran bagi pihak penjual, terutamanya ketika pembelian barang tunggal. Syiling-syiling 1 sen yang masih diedarkan masih diterima sebagai wang sah untuk pembayaran hingga RM2.00.[29]

Siri kedua
ImejNilaiParameter teknikalKeteranganTarikh
HadapanBelakangDiameterKandunganSisiBelakangHadapantempaan pertamakeluaran
1 sen18 mmKeluli bersalut tembagaKosongRebana ubiGelaran bank, nilai, tahun ditempa19894 September 1989
5 sen16 mmKupronikelBersuriGasingGelaran bank, nilai, tahun ditempa19894 September 1989
10 sen19 mmCongkak
20 sen23 mmBekas sirih dan kapur
50 sen28 mmBerhuruf "BANK NEGARA MALAYSIA"Wau
$124 mmTembaga-zink-timahBersuriKeris dan latar belakang songketGelaran bank, "$1", tahun ditempa19894 September 1989
$1Gelaran bank, "1 RINGGIT", tahun ditempa1993?

Untuk piawaian jadual, rujuk jadual spesifikasi syiling.

Siri ketiga (2011)

Siri ketiga wang syiling sen diumumkan pada 25 Julai 2011, mula-mula dikeluarkan sebagai syiling peringatan untuk menandakan pengeluaran pada awal tahun 2012. Siri ketiga ini bertema "Keunikan Malaysia" dan mendapat ilham daripada motif flora dan fauna yang terdapat pada pelbagai budaya di Malaysia untuk mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan jati diri negara Malaysia. Peringkat-peringkat nilai yang dikeluarkan ialah 5, 10, 20 dan 50 sen. Pada 24 Oktober 2011, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim menamai Poogsan Corporation dari Korea Selatan sebagai pembekal mata wang siri ini. Syiling-syiling ini ditempa di Kilang Syiling Bank Negara di Shah Alam.[30]

Menurut Lim, kos pengeluaran syiling ini dikurangkan sebanyak 49% disebabkan perubahan pada kandungan logam. Perubahan-perubahan lain pula termasuk diameter, warna syiling 20 dan 50 daripada perak kepada kuning, dan reka bentuk baru pada muka hadapan yang lain nilai lain motifnya, empat belas titik yang melambangkan tiga belas negeri dan kolektif Wilayah Persekutuan, dan lima garis melintang yang melambangkan lima prinsip Rukunegara.[31]

Wang syiling 50 sen agak berbeza dengan nilai-nilai yang lain, kerana bentuk bulatnya berlekuk sembilan dan tiada teraan "BANK NEGARA MALAYSIA". Muka hadapan tiada lima garis melintang, sebaliknya diberi ciri keselamatan gambar terpendam di bahagan atas, di mana teraan nilai "50 SEN" kelihatan apabila syiling itu disengetkan sedikit.

Suit syiling 20 dan 50 euro cents adalah sama seperti 20 dan 50 sen.

Siri ketiga
ImejNilaiParameter teknikalKeteranganTarikh
HadapanBelakangDiameterJisimKandunganSisiBelakangHadapantempaan pertamakeluaran
5 sen17.78 mm1.72 gKeluli tahan karatKosong14 titik, lima garis melintang, motif sulur kacang,
motif destar siga Kadazan-Dusun
Gelaran bank, nilai, tahun ditempa, bunga raya201116 januari 2012
10 sen18.80 mm2.98 gBerkisar14 titik, lima garis melintang,
Corak anyaman Mah Meri.
20 sen20.60 mm4.18 gLoyang nikelKasar14 titik, lima garis melintang, motif bunga melur di latar depan dan motif destar siga di latar belakang
50 sen22.65 mm5.66 gTembaga bersalut loyang nikelPlain14 titik, motif sulur kacang dan
garis-garis halus sebagai ciri keselamatan

Untuk piawaian jadual, rujuk jadual spesifikasi syiling.

Rujukan

WikiPedia: Ringgit_Malaysia http://www.abs-cbnnews.com/business/03/05/13/food-... http://www.atimes.com/atimes/China/GG23Ad05.html http://www.bangkokpost.com/business/news/368332/th... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&si... http://nasional.kompas.com/read/2014/03/15/1244588... http://www.numismaster.com/ta/numis/Article.jsp?ad... http://mercuguinness.tripod.com/mercuguinness.html... http://www.x-rates.com/cgi-bin/hlookup.cgi http://www.x-rates.com/d/MYR/USD/hist1995.html http://www.x-rates.com/d/MYR/USD/hist1997.html