Rio_de_Janeiro
Rio_de_Janeiro

Rio_de_Janeiro

Rio de Janeiro (IPA: Portugis: [ˈʁi.u dʒi ʒaˈnejɾu], "Sungai Januari") merupakan bandar raya utama di tenggara Brazil dan ibu negeri Rio de Janeiro. Bandar ini pernah menjadi ibu negara Brazil (1763–1960) sebelum dipindahkan ke Brasilia. "Rio" juga pernah menjadi ibu kota Empayar Portugal (1808–1821).Rio de Janeiro terkenal kerana perayaan Carnival, samba, pantai seperti Copacabana dan Ipanema dan juga jurang sosial yang besar. Di kawasan kejiranan orang miskin, jenayah keganasan dan pengedaran dadah sering berlaku. Di atas bukit Corcovado terdapat patung gergasi Jesus (Cristo Redentor). Di Gunung Pão de Açúcar pula terdapat kereta kabel. Rio juga mempunyai stadium terkenal di Maracanã. Hutan Tijuca yang terletak di dalam bandar raya ini merupakan hutan bandar yang terbesar di dunia. Rio de Janeiro terletak pada 22 darjah, 54 minit latitud selatan, 43 darjah 14 minit longitud barat (22°54′S, 43°14′W). Jumlah penduduk bandar ini ialah 6,094,183 [3] (anggaran IBGE 2005), di kawasan seluas 1,182.3 kilometer persegi (456.5 bt2) [4], manakala jumlah penduduk metropolitan ialah 11 juta orang. Rio de Janeiro ialah bandar kedua terbesar di Brazil.

Rio_de_Janeiro

Zon masa Brazil (UTC-3)
- Metro 12,620,000
- Musim panas (DST) +1 (UTC-2)
- Datuk bandar Marcelo Crivella (PRB)
- Bandar 5,613,000

Rujukan

WikiPedia: Rio_de_Janeiro http://www.ibge.gov.br/home/estatistica/populacao/... http://www.ibge.gov.br/home/geociencias/cartografi... http://www.rio.rj.gov.br http://www.citymayors.com/gratis/brazilian_cities.... http://www.citymayors.com/statistics/urban_2006_1.... http://isni.org/isni/000000012195627X http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=R... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11998409v