Rizalman

RAZALI MHO adalah nama pena yang digunakan dalam penglibatan awalnya dalam bidang komik. Pelukis komik kelahiran Kelantan ini turut mempunyai dua orang anak lelakinya yang mengikuti jejak langkahnya. Rizalman, bukanlah calang-calang pelukis komik dan ilustrator. [1]Komiknya yang pertama ialah Awang Janggut diterbitkan oleh Penerbitan SUARASA bersama-sama pelukis komik yang lain, Matt Hassan atau Mohas, Nik Nordin, Azman Yusof. Ketika bersama BAMBINO dan RINA, beliau banyak menghasilkan komik bercorak masyarakat dan penyiasatan. Beliau turut menyumbangkan komik kepada Utusan Pelajar dalam 1970an, akhbar-akhbar utama termasuk Mingguan Malaysia hingga kini. Melalui penerbitan RAZ Studio, beliau menerbitkan majalah SALINA dan BUJAL.Ramai juga pelukis yang bernaung dibawah Raz Studio, seperti Gopa, Mansoor Ibrahim, Nasah, Zawawi HO (adik lelaki beliau), Rosli Hamid dan lain-lain. Beliau masih lagi menyumbang komik mingguan kepada Mingguan Malaysia iaitu Amier Amiera dan kartun.

Rizalman

Nama samaran RAZALI MHO
Kewarganegaraan Malaysia
Karya terkenal Aimie Amiera