Robert_F._Kennedy
Robert_F._Kennedy

Robert_F._Kennedy

Robert Francis "Bobby" Kennedy (20 November, 1925–6 Jun, 1968), juga dikenali sebagai RFK, adalah seorang ahli politik Amerika Syarikat. Beliau juga adalah Peguam Negara Amerika Syarikat sejak tahun 1961 sehingga 1964. Bermula tahun 1965 sehingga pembunuhan beliau pada tahun 1968, Kennedy merupakan seorang ahli senator New York. Beliau adalah adik lelaki kepada Presiden A.S. John F. Kennedy dan bertindak sebagai salah seorang penasihat John F. Kennedy semasa tempoh beliau memegang jawatan presiden. Sembilan bulan selepas pembunuhan John F. Kennedy pada bulan November 1963, Kennedy berkhidmat sebagai Peguam Negara dengan Presiden Lyndon B. Johnson. Bagaimanapun, pada bulan September 1964, Kennedy meletak jawatan sebagai peguam negara dan bertanding kerusi senat, dan beberapa tahun selepas itu terlibat dalam pertikaian dengan Presiden Johnson berkenaan Perang Vietnam.Pada awal tahun 1968, Kennedy mula berkempen untuk jawatan presiden dan cuba untuk dinamakan sebagai calon Parti Demokrat; di California. Kennedy telah berjaya menewaskan McCarthy. Walau bagaimanapun, pada 5 Jun, 1968, Kennedy telah ditembak dan meninggal dunia sehari kemudian. Pada 9 Jun, Presiden Johnson telah menugaskan kakitangan keselamatan bagi mengawal keselamatan kepada kesemua calon presiden dan telah mengistiharkan hari berkabung negara sebagai tanda kesedihan orang ramai berikutan kematian Kennedy.

Robert_F._Kennedy

Lahir (1925-11-20)20 November 1925
Brookline, Massachusetts,
Amerika Syarikat
Didahului oleh William P. Rogers
Kerakyatan Amerika Syarikat
Alma mater Universiti Harvard
Universiti Virginia
Pasangan Ethel Skakel
Digantikan oleh Nicholas Katzenbach
Parti politik Demokrat
Pertempuran Perang Dunia II
Meninggal dunia 6 Jun 1968(1968-06-06) (umur 42)
Los Angeles, California,
Amerika Syarikat
Perkhidmatan/cawangan Tentera Laut Amerika Syarikat
Presiden John F. Kennedy,
Lyndon B. Johnson