Roberto_Martínez
Roberto_Martínez

Roberto_Martínez

Roberto Martínez Montoliú (lahir 13 Julai 1973) ialah bekas pemain bola sepak profesional Sepanyol dan sekarang ini merupakan pengurus kelab Liga Perdana Inggeris Everton.Martínez bermain sebagai pemain tengah dan memulakan kariernya di Real Zaragoza dimana dengan mereka dia memenangi Copa del Rey. Dia menghabiskan setahun bersama pasukan liga bawahan, CF Balaguer sebelum menyertai kelab Divisyen Ketiga Inggeris, Wigan Athletic. Dia kemudiannya berpindah ke kelab Scotland, Motherwell selepas itu ke Walsall dan kemudiannya Swansea City pada tahun 2003. Dia menjadi kapten kelab itu dan membantu mereka memenangi promosi ke League One pada tahun 2005. Dia berpindah ke Chester City pada tahun 2006 dan dipilih menjadi kapten.Pada tahun 2007, dia bersara sebagai pemain untuk menjadi pengurus Swansea City. Dia kemudiannya menyertai Wigan Athletic pada tahun 2009, membantu kelab itu mengelakkan penyingkiran untuk tiga musim berturut-turut. Pada musim keempatnya, Wigan tersingkir liga tetapi memenangi Piala FA buat pertama kali. Pada akhir musim 2012–13, dia meninggalkan kelab itu untuk menjadi pengurus Everton.

Roberto_Martínez

2013– Everton
Tarikh lahir (1973-07-13) 13 Julai 1973 (umur 46)
2001–2002 Motherwell
Kelab terkini Everton (pengurus)
1990–1994 Real Zaragoza
2003–2006 Swansea City
1995–2001 Wigan Athletic
1993–1994 Real Zaragoza
2006–2007 Chester City
1982–1990 Balaguer
2002–2003 Walsall
Nama penuh Roberto Martínez Montoliú
2009–2013 Wigan Athletic
Posisi permainan Pemain tengah
Tahun Pasukan
Tempat lahir Balaguer, Sepanyol
2007–2009 Swansea City
1994–1995 Balaguer
Ketinggian 1.75 m (5 ka 8+7⁄8 in)