Rock_and_roll

Rangkaikata Rock-n-Roll (räk'n roll') telah pertama kalinya disebut-sebut oleh penghebah radio (DeeJay) bernama Alan Freed dari Cleveland, USA pada tahun 1951. Beliau mengambil istilah tersebut dari lirik lagu "My Baby Rocks Me with a Steady Roll". Sudah menjadi kebiasaan di era itu, penggunaan perkataan-perkataan rock, roll, rock and roll, dll., dikaitkan dengan adegan-adegan ketika bersetubuh/bersenggama. Di waktu itu iaitu sebelum rock-n-roll, muzik irama blues telah berkembang di tahun-tahun 50-an. Irama blues pula berpunca dari rhythm and blues. Irama-irama tersebut mempunyai karektor yang sama iaitu, penggunaan gitar elektrik, rentak yang kuat, dan lirik-liriknya disuaikan untuk kaum muda-mudi. Blues telah muncul sebelum tahun 1950 lagi iaitu muzik pendatang dari benua Afrika. Dari dictionary.com, makna rock'n'roll adalah satu genre muzik popular bermula dalam tahun 1950an; adunan muzik bangsa kulit hitam rhythm-and-blues dengan muzik bangsa kulit putih country-and-western; perkataan rock pula adalah istilah yang dikeluarkan dari pelbagai gaya yang bercambah dari rock'n'roll.Antara artis rock'n'roll yang menonjol di era 50-an ialah Bill Haley (Rock Around The Clock) , Buddy Holly (That Will Be The Day), Carl Perkins, Chuck Berry (Maybelline), Bo Diddley (Bo Diddley), Elvis Presley (Jailhouse Rock), Fats Domino, Jerry Lee Lewis, Little Richard (Lucille), Muddy Waters, James Brown (I Feel Good) dan ramai lagi.