Roda-Roda_Kuala_Lumpur

Roda-Roda Kuala Lumpur (juga dikenali sebagai Roda-Roda KL) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam. Pertama kali bersiaran pada 1998 di RTM, pelakon asalnya terdiri daripada A. Galak, AC Mizal, Shaharon Anuar dan Deen Maidin. Drama ini dihidupkan semula pada 2008 dan bersiaran sehingga 2013.[1]Berbeza dengan Gerak Khas, Roda-Roda Kuala Lumpur mengangkat usaha murni anggota polis trafik dalam menggalas tugasan seharian mereka dan mengetengahkan kes-kes jenayah trafik yang sering berlaku seperti lumba haram, pemanduan secara berbahaya dan melanggar lampu isyarat.[2]

Roda-Roda_Kuala_Lumpur

Lagu penutup
  • "Roda-Roda Kuala Lumpur" oleh AC Mizal (1998-1999) dan James Baum (2008-2013)
Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif
  • Fetty Hj. Ismail
  • Salmah Hj. Ismail
Pengarah
  • Nor Iskandar
  • Faizal Yusof
  • Musa Mohammed
Lagu pembukaan
  • "Roda-Roda Kuala Lumpur" oleh AC Mizal (1998-1999) dan James Baum (2008-2013)
Penerbit Yusof Haslam
Format gambar 480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Syarikat penerbitan Skop Productions
Tempoh siaran 43 minit
Lokasi
Pencipta Yusof Haslam (idea dan karya asal)
Siaran asal 30 Mac 1998 – 23 September 2013
Bilangan episod 208
Penyunting
  • Shahrul Dhoman
  • Murad Man
  • Wan Norhadi Wan Noh
Rancangan berkaitan
Genre Drama, aksi
Bilangan musim 8
Saluran asal TV2