Roda_Impian
Roda_Impian

Roda_Impian

Roda Impian merupakan salah satu rancangan berbentuk kuiz yang diterbitkan oleh Filem Karya Nusa dan disiarkan di TV3 pada tahun 2009. Rancangan ini pernah disiarkan di Astro Ria pada tahun 1996-2006 dan diulang siar satu minggu kemudian di TV3. Rancangan ini diadaptasi daripada rancangan popular di seluruh dunia, Wheel Of Fortune.Pengacara pada tahun 2009 ialah Kieran dibantu oleh Fauziah Gous. Pengacara sebelum ini adalah Hani Mohsin dan Halim Othman.Permainan ini adalah satu permainan yang dapat menguji kemampuan para peserta yang terdiri daripada 3 orang peserta untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam meneka ayat yang terpapar di papan serta memilih huruf-huruf yang dingini. Sebelum memilih huruf, mereka seharusnya memutarkan roda impian untuk mendapatkan markah.Peserta yang mmpunyai markah tertinggi akan memenangi permainan ini seterusnya mara ke pusingan akhir. Para peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditaja pelbagai syarikat. Hadiah misteri juga ditawarkan.Roda Impian pernah disiarkan kembali di TV3 pada Februari 2009 dengan format dan hos baru. Perubahan yang ada di dalam rancangan ini ialah Pusingan Siapa Cepat.

Roda_Impian

Lagu penutup Roda Impian
Negara asal Malaysia
Lagu pembukaan Roda Impian
Syarikat penerbitan Filem Karya Nusa Sdn. Bhd.
Pengacara
Tempoh siaran 60 minit
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Siaran asal 1996 – 2006
Pencipta Merv Griffin
Format Hiburan
Bilangan episod 1,040
Genre Permainan interaktif
Bilangan musim 11
Saluran asal Astro Ria