Rodeo
Rodeo

Rodeo

Rodeo merupakan sukan kompetitif yang lahir daripada amalan pekerjaan gembala lembu di Sepanyol, Mexico dan selanjutnya Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan dan Australia. Rodeo berasaskan kemahiran yang diperlukan bagi vaquero dan selanjutnya koboi di kawasan yang kini merupakan negara Amerika Syarikat barat, Kanada barat, dan Mexico utara. Kini, rodeo merupakan temasya kesukanan yang terdiri daripada acara-acara yang melibatkan kuda dan lain-lain ternakan yang direka untuk menguji kemahiran dan kepantasan para peserta koboi. Temasya rodeo profesional umumnya terdiri daripada acara-acara yang berikut: tanjul anak lembu, tanjul beregu, gusti lembu kasi, tunggang dompak, tunggang lembu dan lumba tong. Sesetengah pertubuhan penaung dan tempat juga membolehkan acara-acara lain dalam temasya rodeo seperti tanjul lepas, ikat kambing, atau celah-celah tiang may also be a part of some rodeos.Rodeo yang kini popular sekali di wilayah Alberta di Kanada dan seluruh rantau barat Amerika Syarikat, merupakan sukan negeri rasmi Wyoming, South Dakota, dan Texas. Gambar lambang siluet "Bucking Horse and Rider" (kuda mendompak dan penunggang) merupakan cap dagang daftaran negeri dan persekutuan di Negeri Wyoming.[1]Di Amerika Utara, rodeo profesional ditadbir dan dibolehkan oleh Professional Rodeo Cowboys Association (PRCA) dan Women's Professional Rodeo Association (WPRA), sementara pertubuhan-pertubuhan lain mentadbir rodeo untuk kanak-kanak, sekolah tinggi, kolej dan warga mas. Juga terdapat pertubuhan untuk Pribumi Amerika dan lain-lain golongan minoriti. Musim pertandingan rodeo biasanya dari musim bunga hingga musim luruh, sementara litar rodeo profesional moden dianjurkan dengan lebih lama dan berakhir dengan PRCA National Finals Rodeo (NFR) di Las Vegas, Nevada, now held in December.Rodeo telah menimbulkan tentangan daripada para pendukung hak asasi haiwan dan kebajikan haiwan yang mendakwa bahawa pertandingan rodeo merupakan penganiayaan haiwan. Industri rodeo AS telah melangkah maju dalam memperbaiki kebajikan haiwan rodeo dengan syarat-syarat tertentu untuk penjagaan veterinar dan lain-lain peraturan yang melindungi haiwan rodeo. Namun begitu, rodeo tetap ditentang oleh beberapa pertubuhan kebajikan haiwan di AS dan Kanada. Sesetengah kerajaan tempatan dan negeri di Amerika Syarikat telah mengharamkan atau menyekat temasya rodeo, sesetengah acara rodeo atau kelengkapan tertentu. Rodeo juga diharamkan di United Kingdom dan Belanda,[2] sementara negara-negara Eropah lain turut mengenakan sekatan terhadap amalan-amalan tertentu.