Rodolfo_Graziani
Rodolfo_Graziani

Rodolfo_Graziani

Rodolfo Graziani, Marquis Pertama Neghelli (11 Ogos 1882 – 11 Januari 1955), adalah seorang pegawai kanan tentera Itali dalam Regio Esercito (Tentera Darat Diraja) Kerajaan Itali, terkenal dengan kempen ketenteraannya di Afrika sebelum dan semasa Perang Dunia II. Seorang fasis yang berdedikasi, beliau merupakan tokoh utama dalam tentera Itali semasa pemerintahan Benito Mussolini.Graziani memainkan peranan yang penting dalam penyatuan dan pengembangan empayar penjajahan Itali semasa tahun 1920-an dan 30-an, mula-mula di Libya dan kemudian di Etiopia. Beliau menjadi terkenal dengan langkah-langkah penindasan yang membawa kepada kehilangan nyawa yang banyak di kalangan orang awam. Pada bulan Februari 1937, selepas cubaan membunuh dalam satu majlis di Addis Ababa, Graziani meluluskan tempoh pembalasan kejam yang kini dikenali sebagai Yekatit 12. Tidak lama selepas Itali menyertai Perang Dunia II beliau kembali ke Libya sebagai komander tentera di Afrika Utara Itali tetapi meletakkan jawatan selepas serangan British mengalahkan tenteranya. Susulan dari peristiwa rampasan kuasa 25 Luglio, beliau adalah satu-satunya Marsyal Itali yang kekal setia kepada Mussolini dan dinamakan Menteri Pertahanan Republik Sosial Itali, memerintah tenteranya dan kembali ke perkhidmatan aktif menentang Pihak Berikat.Walaupun mempunyai dokumen lengkap perilaku jenayah perang, Graziani tidak pernah didakwa oleh Suruhanjaya Jenayah Perang PBB; beliau telah dimasukkan ke dalam senarai orang Itali yang layak untuk dibicarakan kerana jenayah perang, tetapi percubaan Etiopia untuk membawanya ke mahkamah telah dihalang oleh Itali dan Britain. Pada tahun 1948, mahkamah Itali menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun kerana berkerjasama dengan pihak Nazi, tetapi beliau dibebaskan selepas dipenjarakan hanya empat bulan.

Rodolfo_Graziani

Raja Victor Emmanuel III
Lahir (1882-08-11)11 Ogos 1882
Filettino, Itali
Tempat persemadian Affile, Lazio, Itali
Pangkat Marsyal Itali
Didahului oleh Domenico Siciliani
Alma mater Akademi Tentera Modena
Pasangan Ines Chionetti (k. 1913–1955); kematiannya
Digantikan oleh Jawatan dimansuhkan
Tahun perkhidmatan 1903–1945
Unit Tentera Darat Ke-10 Itali
Parti politik Parti Fasis Nasional
(1924-1943)
Parti Fasis Republikan
(1943-1945)
Gerakan Sosial Itali
(1946-1955)
Profesion Pegawai tentera
Kesetiaan  Itali (1903–1943)
 Republik Sosial Itali (1943–1945)
Anak-anak Seorang anak perempuan
Pertempuran Perang Itali-Turki
Perang Dunia I
Pendamaian Libya
Perang Itali-Habsyah Kedua
Perang Dunia II
Meninggal dunia 11 Januari 1955(1955-01-11) (umur 72)
Rom, Itali
Perkhidmatan/cawangan  Tentera Darat Itali (1903–1943)
Tentera Republik Nasional (1943–1945)
Presiden Benito Mussolini
Perdana Menteri Benito Mussolini

Rujukan

WikiPedia: Rodolfo_Graziani http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070517487 http://isni.org/isni/0000000121266957 http://openlibrary.org/authors/OL1087162A/Graziani... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb12100962n https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb12100962n https://www.idref.fr/029368014 https://catalog.archives.gov/id/10569374