Rodzane_bin_Haji_Mohamed

Rodzane bin Haji Mohamed atau lebih dikenali sebagai nama Jojet dilahirkan pada (1967-08-13) 13 Ogos 1967 (umurĀ 52) di Ampang, Kuala Lumpur. Beliau mula menempa nama sebagai pemain dram kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu Kumpulan Gersang pada tahun 1987. Sebelum menganggotai kumpulan Gersang, Jojet adalah pemain dram asal kumpulan Wings pada tahun 1985 namun tidak sempat untuk merakamkan album pertama bersama kumpulan tersebut. Bakat luar biasa yang dimilikinya menjadikan beliau terkenal dan popular sebagai pemain dram di Malaysia, sebaris dengan pemain dram yang lain seperti Yazit Search, Black Wings dan Lola XPDC. Beliau sempat menikmati puncak popularitinya sebagai pemain dram apabila menganggotai semula Wings pada tahun 1991, menggantikan Black yang menarik diri dari kumpulan tersebut. Jojet juga adalah anggota asal kumpulan Dragon Malaya yang diasaskan oleh Awie pada tahun 2000.

Rodzane_bin_Haji_Mohamed

Berasal dari Malaysia
Pekerjaan Pemuzik
Nama lahir Rodzane bin Mohamed
Pengkarya berkait Kumpulan Gersang
Kumpulan Wings
Kumpulan Dragon Malaya
Instrumen Dram
Juga dikenali sebagai Jojet Gersang, Jojet Wings, Jojet Dragon Malaya
Syarikat rakaman PMC / BMG
Kelahiran (1967-08-13) 13 Ogos 1967 (umurĀ 52)
Ampang, Kuala Lumpur
Genre Rock
Tahun aktif 1987 hingga kini.