Rodziah_Ismail

YB Rodziah Ismail (lahir 8 Julai 1964), (umur 55), merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Selangor yang juga merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Timbalan Ketua Wanita PKR.