Definisi Rogol

Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".

Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berdating atau berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau seumpama flunitrazepam atau GHB untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang dikenali sebagai "Dadah rogol janji temu" ("date rape drug").

Di Amerika Syarikat, "Laporan Jenayah Seragam" (Uniform Crime Reports) menggunakan istilah "rogol paksaan" hanya untuk meliputkan perogolan seorang wanita oleh seorang lelaki; walau bagaimanapun, badan kehakiman masing-masing boleh mentakrifkan "rogol" mereka untuk merangkumi serangan seksual keatas, ataupun oleh, mana-mana satu jantina, berikut keperluan mereka. Undang-undang mentakrifkan "rogol" dan isu berkait, seperti "usia kerelaan" (age of consent). berbeza di antara badan kehakiman yang berlainan.

Mahkamah Tinggi California, dalam satu kes yang melibatkan seorang wanita yang dirogol oleh seorang anggota polis, mengatakan yang berikut:

  • Kami tidak meringankan kedashyatan rogol sebagai sejenis jenayah. Ia patut dicela, bukan sahaja dari segi moral dan penghinaan ke atas ketulusan dan hidup bebas seorang mangsa perempuan, tetapi juga dari segi hak mangsa untuk memilih sesiapa yang dia ingin melakukan hubungan seksual. Walaupun jenayah ini tidak seakan dengan pembunuhan manusia, ia adalah perkosaan yang paling serius ke atas seseorang. Ia juga merupakan jenayah yang kejam kerana biasanya, ia melibatkan penggunaan kuasa ataupun penggugutan untuk mengatasi kemahuan dan keupayaan mangsa menentang. Rogol sering diiringi oleh kecederaan fizikal kepada mangsa perempuan, dan juga boleh mengakibatkan kecederaan-kecederaan mental dan psikologi. Oleh sebab ia memusnahkan rasa keselamatan masyarat, ia juga mencederakan orang ramai.
Coker v. Georgia 433 U.S. 584, 597, 603 (1977) [53 L.Ed.2d 982, 996, 97 S.Ct. 2861] (plur. opn. of White, J.; conc. and dis. opn. of Powell, J.)]
  • Seiringan dengan bentuk-bentuk serangan seksual yang lain, ia merupakan suatu perbuatan yang tidak bermaruah terhadap seseorang yang tidak boleh diperbaiki dengan sempurna, dan yang merendahkan kemanusiaan.
Mary M. v. City of Los Angeles 54 Cal.3d 202,222 (1991) [285 Cal.Rptr. 99; 814 P.2d 1341]

Di bawah Akta Kesalahan Seksual 2003, yang berkuatkuasa pada April 2004, istilah "rogol" didefinisikan semula. Maksud asal iaitu rogol sebagai perbuatan "bersetubuh melalui kemaluan wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan" diubah kepada "memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang yang lain". Kesalahan perogolan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup (berbeza dengan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan serangan seksual dibawah statut ini, dan yang dahulunya dikenali sebagai "perbuatan tidak bermoral").

Walaupun seorang wanita yang memaksakan seorang lelaki untuk bersetubuh tidak boleh disabitkan atas kesalahan merogol, dia boleh disabitkan kesalahan "kerana menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan seksual tanpa persetujuan", kesalahan yang juga membawa hukuman penjara seumur hidup sekiranya ia melibatkan kemasukan ke dalam mulut, lubang dubur atau alat kelamin wanita. Statut ini juga memasukkan kesalahan seksual baru yang dikenali sebagai "serangan melalui penembusan", yang mempunyai hukuman yang sama dengan hukuman rogol, dan ia dilakukan apabila seseorang itu memasukkan, secara seksual, mana-mana bahagian badannya, atau apa-apa alat yang lain, ke dalam alat kelamin wanita atau lubang dubur, tanpa mendapat persetujuan.