Romantisisme

Romantisisme atau Romantisme merupakan suatu pergerakan seni, kesusasteraan, muzik dan intelektual yang muncul di Eropah dengan tempoh puncaknya sekitar 1800 hingga 1850. Ia dicirikan penumpuan kepada emosi dan keindividualan serta penyanjungan segala benda bersejarah, kuno dan mendekati alam sekitar. Ia merupakan hasil tindak balas kepada perubahan meluas yang berlaku akibat Revolusi Perindustrian,[1] norma-norma masyarakat dan politik Zaman Pencerahan yang bersifat keatasan serta rasionalisasi alam sekitar—kesemua ciri ini merupakan asas kepada kemodenan.[2] Gerakan ini di mana ia menekankan emosi yang kuat sebagai sumber pengalaman penuh estetika yang sahih, serta menekankan kepada emosi seperti ketakutan, seram dan keganasan, dan kagum- terutamanya perasaan yang dialami dalam menghadapi kategori sublimit serta keindahan alam sekitar. Ia meninggikan dan menjadikan seni rakyat dan adat resam kuno serta bukan sahaja sebagai suatu unsur yang diagungkan, tetapi juga spontan sebagai ciri yang diinginkan.Semangat dan jiwa yang digalang pergerakan ini tidak sahaja menonjol dalam seni visual, muzik dan sastera, malah juga terhadap pendekatan dalam mencatat dan meulis mengenai sejarah,[3] pendidikan umum,[4] serta cabang- cabang sains masyarakat dan semula jadi.[5][tiada dalam ayat yang diberikan] Keadaan ini juga banyak mempengaruhi fahaman politik yang utama termasuk liberalisme, radikalisme, konservatisme dan nasionalisme.[6]