Romeo_dan_Juliet
Romeo_dan_Juliet

Romeo_dan_Juliet

Romeo and Juliet adalah sebuah tragedi yang dikarang oleh William Shakespeare pada awal-awal kerjayanya, tentang sepasang kekasih muda dari dua buah kerabat yang saling berbalah, yang kematian mereka akhirnya meramahkan semula keluarga mereka. Drama ini adalah antara karya Shakespeare yang paling popular sewaktu hayatnya, dan juga yang paling banyak kali dipentaskan di samping Hamlet. Kini, watak Romeo dan Juliet title characters are regarded as archetypal young lovers.Romeo and Juliet tergolong dalam tradisi asmara tragis yang berakar-umbikan zaman purbakala. Plotnya adalah berdasarkan sebuah cerita Itali yang diterjemahkan dalam bentuk puisi, iaitu The Tragical History of Romeus and Juliet oleh Arthur Brooke pada tahun 1562, kemudian diceritakan semula dalam bentuk prosa dalam Palace of Pleasure oleh William Painter pada tahun 1567. Shakespeare banyak meminjam dari kedua-duanya, tetapi demi memperluas plotnya, beliau mencipta watak-watak pembantu, terutamanya Mercutio dan Paris. Drama yang dipercayai dikarang antara tahun 1591 ke 1595 mula-mula diterbitkan dalam versi kuarto pada tahun 1597. Teks ini kurang memuaskan mutunya, maka dibetulkannya oleh edisi-edisi selanjutnya agar lebih sejajar dengan karya asal Shakespeare.Penggunaan struktur dramatik oleh Shakespeare, terutama sekali serana-serana seperti berulang-alik antara komedi dan tragedi untuk menaikkan ketegangan, serta penggunaan subplot untuk membungai ceritanya telah dipuji sebagai petanda awal kemahiran beliau selaku dramatis. Drama ini memberikan pelbagai bentuk puitis kepada pelbagai watak, malah sekali-sekali mengubah bentuk seiring dengan perkembangan watak. Contohnya, Romeo, makin lama makin biasa dengan soneta sepanjang cerita.Romeo dan Juliet telah berbilang kali diadaptasikan untuk pementasan, filem, muzikal mahupun opera. Pada Pemulihan Inggeris, drama ini dihidupkan semula dan disemak dengan menyeluruh oleh William Davenant. Versi abad ke-18 David Garrick juga telah mengubah suai beberapa adegan, menggugurkan bahan-bahan yang dianggap tidak senonoh ketika itu, sementara adaptasi opera Georg Benda turut menggugurkan banyak aksi serta menokok tambah kesudahan yang bahagia. Pada abad-abad ke-19, persembahan Charlotte Cushman antara lainnya memulihkan karya asal serta menekankan lagi realisme. Versi John Gielgud 1935 teramat setia kepada karangan Shakespeare, malah menggunakan busana dan pementasan zaman Elizabeth untuk memperhalusi drama. Pada abad ke-20, drama ini telah diadaptasikan dalam bermacam-macam versi, seperti terbitan 1936 oleh George Cukor yang agak setia, versi 1968 oleh Franco Zeffirelli, Romeo + Juliet(1996) oleh Baz Luhrmann yang berilhamkan MTV, dan versi 2013 oleh Carlo Carlei.