Roronoa_Zoro
Roronoa_Zoro

Roronoa_Zoro

Roronoa Zoro (ロロノア・ゾロ) (dipanggil Zoro) merupakan seorang watak rekaan dalam manga dan anime One Piece. Dia merupakan teman Monkey D. Luffy yang pertama menyertai Kumpulan Lanun Topi Jerami selepas satu insiden di sebuah pulau setelah Luffy menyelamatkannya dari tentera laut yang berada di bawah pimpinan kapten Morgan bertangan kapak yang kejam.Zoro bertarung menggunakan seni tiga pedang (Santōryū), 2 di tangan dan satu dikepit pada mulut. Dia seorang pemedang yang berani mati dan tidak teragak agak untuk menghadapi lawan yang lebih kuat daripadanya. Setiap serangannya memiliki nama unik yang mempunyai satu sebutan dengan 2 makna, yang mana kebanyakkannya diambil dari jenis-jenis makanan orang Jepun seperti Onigiri dan Sushi.Pada masa lapang dia suka berlatih kekuatan badan dengan besi berat yang agak keterlaluan, namun kebanyakkan dari waktunya dihabiskan dengan tidur sepanjang hari.

Roronoa_Zoro

Kemunculan pertama

Manga Buku #1-Bab #2 (bayang)
Anime Episod #1
Spesies Manusia
Dicipta oleh

Eiichiro Oda
Jantina Lelaki
Ganjaran

120,000,000 beli