Roslan_Abd_Rahman

Mejer Roslan Abd Rahman adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 19 Disember 1980 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis ketika memimpin Platun 5 Kompeni B 14 RAMD yang membuat rondaan tempur setelah menjumpai kesan pergerakan pengganas.Leftenan M Roslan ketika itu telah memimpin Platun 5 Kompeni B 14 RAMD yang diarahkan untuk membuat rondaan tempur setelah menjumpai kesan pergerakan pengganas. Pada 25 Okt 1979, mereka menjumpai sebuah kebun keledek yang disyaki kepunyaan pengganas komunis. Setelah melakukan tinjauan, Lt M Roslan menjumpai sebuah perkhemahan yang diduduki oleh empat orang pengganas komunis yang ketika itu sedang bekerja di kebun tersebut. Lt M Roslan mengambil keputusan untuk menyerang. Tembakan semburan pertama dari senjata Lt M Roslan dan anggota-anggotanya berjaya membunuh dua pengganas komunis. Semasa penggeledahan dilakukan seorang lagi pengganas wanita dibunuh dan seorang dipercayai berjaya melepaskan diri. Platun 5 turut merampas dua pucuk senjata Carbine, lapan kelopak dan 242 butir peluru, sepucuk senjata point 22, kelopak dan 112 butir peluru, sebutir grenad dan peralatan lain. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 19 Dis 1980.