Roslan_Aziz
Roslan_Aziz

Roslan_Aziz

Roslan bin Abdul Aziz Saad Ismail (lahir 23 Oktober 1961)[1] merupakan seorang penerbit dan jurutera muzik Malaysia. Beliau juga merupakan tokoh yang mengembangkan bakat penyanyi-penyanyi berkaliber seperti Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yusoff, Prema, Zubir Ali, Atilia dan ALI, pasangan pemuzik yang dianggotai Roslan sendiri dan komposer Mukhlis Nor. Beliau merupakan pengasas dan pemilik syarikat rakaman pertama Malaysia, Roslan Aziz Productions (R.A.P), yang mencetuskan minat dari luar negara, R.A.P. membawa industri muzik tempatan selangkah ke hadapan, bukan sahaja menggegarkan persada muzik serantau, malah di arena seni hiburan di Jepun, Eropah dan Amerika Selatan. Biarpun telah menerbitkan hanya 15 album dalam jangka masa 15 tahun, nanum kejayaan yang dicapai RAP tetap berdiri teguh. Mengutamakan mutu tanpa mengenal bilangan untuk setiap terbitannya, Roslan berupaya memperoleh pengiktirafan dan penghargaan dari dalam dan luar negara, kerana hasil-hasilnya yang berbunyi unik yang diasah dengan sempurna.