Rosli_Rahman_Adam
Rosli_Rahman_Adam

Rosli_Rahman_Adam

Rosli Rahman Adam atau nama sebenarnya Rosli Abdul Rahman, dilahirkan di Parit Perawas, Sungai Rambai, Melaka. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1960. Seorang dramatis dan juga aktivis teater di Malaysia. Mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak dari tahun 1985. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Pesta Drama Kuala Lumpur 1990. Kemudian terus mengorak langkah dengan lebih aktif dengan menceburi dunia televisyen dan seni layar. Antara filem-filem lakonan beliau ialah Jimi Asmara, Suami, Isteri dan ...? , Debu-Debu Kasih, Sate dan Man Sewel Datang KL.Selain itu, beliau juga aktif dengan teater sehingga kini. Antara teater yang pernah dijayakan beliau sebagai pelakon adalah seperti berikut ;Antara lakonan terbaru Rosli adalah telefilem Sembilan arahan Razaisyam Rashid yang disiarkan di Astro On The Go. Rosli memegang watak Pak Ekot.