Roti_bir
Roti_bir

Roti_bir

Roti bir merupakan roti yang dicampurkan bir dalam adunan doh campuran. Rasa roti bir kadang-kadang dicampurkan dengan rasa lain seperti keju atau herba.Roti bir boleh menjadi roti ringkas sederhana atau roti ragi yang berperisa dengan bir. Bir dan roti mempunyai proses penciptaan yang biasa: ragi digunakan untuk mengubah gula menjadi karbon dioksida dan alkohol. Bagi roti, peratusan alkohol yang banyak menguap semasa proses penaik.Bentuk roti bir yang berbeza boleh dibuat dengan menggunakan bir yang berbeza; misalnya, staut atau bir gelap akan memberikan roti yang lebih gelap dengan rasa yang lebih jelas.