Trivia Ruffedge

  • Di awal kemunculan dalam arena muzik mainstream, Ruffedge bersama V.E kerap tampil sebagai penyanyi latar di persembahan artis-artis terkenal tanahair sama ada di pertunjukan pentas mahupun rancangan televisyen termasuk siaran langsung. Mereka kerap mengiringi persembahan kumpulan Innuendo, Hazami, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Ferhad, Flop Poppy, Spider, Exists, OAG dan ramai lagi.
  • Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun 2004, Ruffedge tampil sebagai artis jemputan Dato’ Siti Nurhaliza dalam program Muzikal Aidiladha terbitan Siti Nurhaliza Productions. Turut diundang ialah Misha Omar, Ezlynn, Waheeda, Ella dan Anuar Zain.
  • Antara tahun 2003 hingga 2004 Ruffedge kerap muncul dengan empat anggota sahaja iaitu Azan, Amer, Cat dan Zain kerana Mode menyambung pelajarannya dalam bidang senibina di Curtin University, Perth, Australia.
  • Zain terpilih membintangi filem terbitan Rosyam Nor berjudul Castello pada tahun 2005 sebagai watak yang dibawa oleh Rosyam sewaktu muda. Turut berlakon ialah Erra Fazira dan Que Haidar.
  • Cat diberi tanggungjawab mendidik protege berkumpulan tunggal, FO'3 dalam program realiti TV3, Mentor musim pertama pada tahun 2005. Kemudiannya Cat menjadi penasihat vokal program realiti kumpulan vokal, Gang Starz musim pertama pada tahun 2007.
  • Azan merupakan adik kepada Pot Amir, bekas anggota kumpulan Innuendo.
  • Amer telah mengasaskan Click a Child iaitu satu program kebajikan untuk anak yatim & miskin seluruh Malaysia.
  • Sein dan isterinya, Nana pernah menyertai program realiti TV berbentuk tarian, Sehati Berdansa bagi musim ketiga dan telah muncul juara pada 26 Disember 2009.

Rujukan

WikiPedia: Ruffedge http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ini-10-pe... http://www.gempak.com/artikel/576/sambut-ulang-tah... http://www.myspace.com/ruffedgeruffera http://www.rojakdaily.com/kaw/article/1175/kumpula... http://gambargambarpelik.blogspot.my/2009/09/ruffe... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt...