Ruminah_Sidek

Ruminah Sidek, juga dikenali sebagai Mak Mah (lahir 7 Disember 1946) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Ruminah merupakan ibu kepada Adlin Aman Ramlie dan balu kepada pelakon dan pengarah AR Tompel.[1] Ruminah mula menggiat dalam bidang lakonan pada awal tahun 1960-an. Hasil perkahwinannya dengan tiga orang suami termasuk pelakon AR Tompel, dia dikurniakan enam orang anak, lebih 20 orang cucu dan enam orang cicit.Beliau ialah pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21.