Rungus

Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun Rungus,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. [1]Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] [2]adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR.Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun.Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan bahasa Dusun di sabah dan bahasa tagalog yang ada filipina. Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak . Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli dan orang asal di Kepulauan Borneo.
Masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak luar seperti Sulu dan Brunei untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar cina, kain cina dan sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri yang mana para pedagang dari luar tidak dibenarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh sama sekali menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama ada untuk penternakan atau pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-hakam agama [Labus][3] (disebut Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan Momogun Rungus ini merupakan satu sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal ini kerana secara tradisinya Semenanjung Kudat dan Teluk Bandau telah berkurun lamanya dipertahankan oleh suku kaum Momogun Rungus. Dengan meninjau nama-nama pesisir pantai di sekeliling Semenanjung Berungus ini, dapat dibuktikan bahawa ia mempunyai sejarah tersendiri bagaimana sesuatu perkampungan pesisir pantai itu mendapat nama. Nama-nama pesisir pantai sekitar Kudat seperti Andarason, Vingolzon, Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang Mangazou, Golzom, Milzobong, Pantai dan lain-lain lagi adalah merujuk kepada sejarah-sejarah ketika zaman perang di mana komuniti Momogun Rungus mempertahankan perkampungan mereka pada ketika itu. Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah terdiri daripada beberapa sub suku iaitu:Momogun Rungus di luar daerah seperti yang disebutkan diatas adalah dikenali sebagai: