Runme_Shaw

Tan Sri Dr. Runme Shaw, K.St.J (Cina ringkas: 邵仁枚; pinyin: Shào Rénméi; 1 Januari 1901 – 2 Mac 1985) merupakan pengerusi dan pengasas Pertubuhan Shaw di Singapura. Runme Shaw dan adiknya, Run Run Shaw, bersama-sama dikenali sebagai Shaw Brothers, merupakan perintis di dalam industri perfileman di Singapura and Tanah Melayu, dan menghidupkan industri filem di Asia, terutamanya di rantau Asia Tenggara.Runme Shaw juga seorang dermawan yang mewujudkan Yayasan Shaw, sebuah pertubuhan amal. Selain itu, Runme merupakan pengerusi dan presiden di beberapa badan kerajaan, dan penaung bagi beberapa pertubuhan. Hasilnya, Runme memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa atas usaha kedermawanan beliau dan sumbangannya kepada industri perfileman Asia Tenggara.

Runme_Shaw

Pekerjaan Penerbit TV, ahli perniagaan, penerbit filem, pelabur
Ahli lembaga Shaw Brothers Ltd. (1959-1983)
Ibu bapa Shaw Yuh Hsuen (邵行銀)
Wang Shun Xiang
Pasangan Peggy
Tahun aktif 1959 - 1983
Anak Shaw Vee King
Shaw Vee Fong
Doris Shaw
Vivien Shaw
Nora Shaw
Sylvia Shaw
Warganegara Singapura
Meninggal dunia 2 Mac 1985(1985-03-02) (umur 84)
Singapura
Sebab kematian Kemalangan jalan raya
Saudara Runje Shaw
Runde Shaw
Run Run Shaw
Kelahiran Shào Rénméi
(1901-01-01)1 Januari 1901
Dinasti Qing, China
Kediaman Shanghai (sehingga 1959)
Singapura (1959-1985)
Gelaran 1)Darjah Indera Mahkota Pahang
2)Panglima Mangku Negara dari YDPA Sultan Pahang
3)Meritorious Services Medal dari Kerajaan Singapura
4)Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Singapura