Rusdi_Ramli
Rusdi_Ramli

Rusdi_Ramli

Rusdi Ramli (Jawi: رشدي راملي; lahir 16 Jun 1970) merupakan pelakon dan pengarah Malaysia yang memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 di Universiti Sains Malaysia. Anak lelaki kepada pelakon Norlia Ghani ini dilahirkan di Ulu Kelang dan pernah membintangi banyak drama televisyen dan filem.[2] Namanya dinamakan sempena filem Doktor Rusdi (1970) oleh P. Ramlee yang merupakan rakan ibu bapanya. Bapanya ialah Ramli Ismail atau dikenali sebagai Ramli Kechik, yang pernah berlakon dalam filem Nasib Do Re Mi, di mana beliau menemani Pak Maon lakonan Allahyarham Mahmud June ke Malam Pesta Muda Mudi manakala dalam filem Laxmana Do Re Mi, Ramli memegang watak sebagai Perdana Menteri Negara Pasir Berdengung.

Rusdi_Ramli

Pekerjaan Pelakon
Ibu bapa Ramli Ismail (bapa)
Norlia Ghani (ibu)
Pasangan Sharon Anne Paul Abdullah [1]
Anak Efiezal Ridza Rusdi (lahir 1990), Reo Ridza (lahir 2009)
Tahun aktif 1988–kini
Kelahiran (1970-06-16) 16 Jun 1970 (umur 49)
Ulu Kelang, Selangor, Malaysia