Rusia (
Bahasa Rusia: Россия,
tr. Rossiya,IPA:
[rɐˈsʲijə] (
dengar)), atau nama rasminya
Persekutuan Rusia (
Bahasa Rusia: Российская Федерация,
tr. Rossiyskaya Federatsiya,IPA:
[rɐˈsʲijskəjə fʲɪdʲɪˈratsɨjə] (
dengar)) atau sekadar
Rusia[8], ialah sebuah
negara yang terletak di
Eurasia utara.
[9] Ia merupakan sebuah negara
republik persekutuan separa berpresiden yang terdiri daripada 83
subjek persekutuan. Dari barat laut ke tenggara, Rusia
bersempadan dengan
Norway,
Finland,
Estonia,
Latvia,
Lithuania dan
Poland (kedua-duanya dengan
wilayah Kaliningrad),
Belarus,
Ukraine,
Georgia,
Azerbaijan,
Kazakhstan,
China,
Mongolia, dan
Korea Utara. Ia juga ber
sempadan laut dengan
Jepun melalui
Laut Okhotsk, dan
Amerika Syarikat melalui
Selat Bering. Pada keluasan 17,075,400 kilometer persegi (6,592,800 bt2), Rusia ialah
negara terbesar di dunia yang meliputi hampir satu persembilan kawasan daratan di seluruh
Bumi. Rusia juga
negara kesembilan teramai penduduk dengan 143 juta orang.
[10] Wilayahnya menjangkau seluruh Asia utara dan 40% tanah Eropah, merangkumi
9 zon waktu serta pelbagai jenis persekitaran dan rupa bumi. Rusia memiliki rizab galian dan sumber tenaga yang terbesar di dunia.
[11] Ia juga mempunyai
hutan simpan terbesar di dunia, dan tasik-tasiknya mengandungi kira-kira satu perempat
air tawar sedunia.
[12]Sejarah negara ini bermula dengan kebangkitan bangsa
Slav Timur sebagai kelompok yang terkenal di Eropah pada abad ke-3 hingga ke-8 Masihi.
[9] Ditubuhkan dan diperintah oleh bangsawan pahlawan
Varyag dan pewaris-pewarisnya, pendahulu Rusia moden,
Kievan Rus', bangkit pada abad ke-9 dan memeluk agama
Kristian Ortodoks daripada
Empayar Byzantium pada tahun 988,
[13] maka bermulanya pergabungan budaya Byzantium dan Slavik yang membentuk
kebudayaan Rusia untuk
alaf yang berikutnya.
[13] Kievan Rus' akhirnya berpecah kepada beberapa negara kecil; kebanyakan tanah Rus' akhirnya ditakluki oleh
penjajah Mongol lalu menjadi negeri ufti kepada bangsa
Angkatan Kencana yang berpindah-randah.
[14] Duci Agung Moscow lambat-laun menyatukan semula negeri-negeri Rusia di sekelilingnya, mencapai kemerdekaan daripada Angkatan Kencana, lalu menguasai pusaka kebudayaan dan politik Kievan Rus'. Menjelang abad ke-18, bangsa Rusia makin meluas melalui penaklukan, pengilhakan, dan penjelajahan untuk menjadi
Empayar Rusia yang merupakan
empayar ketiga terbesar dalam sejarah yang terbentang dari Poland di Eropah hingga
Alaska di Amerika Utara.
[15][16]Rusia memantapkan kekuasaan dan pengaruh di seluruh dunia sejak zaman Empayar Rusia hingga menjadi juzuk terbesar dan teraju
Kesatuan Soviet,
negara sosialis menurut perlembagaan yang pertama di dunia yang diiktiraf sebagai sebuah
kuasa terbesar[17] yang memainkan peranan penting dalam kemenangan
Kuasa Berikat dalam
Perang Dunia Keuda.
[18][19] Zaman Soviet menyaksikan
pencapaian teknologi terhebat pada abad ke-20, seperti
penerbangan angkasa manusia pertama di dunia. Persekutuan Rusia ditubuhkan ekoran
pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, tetapi diakui sebagai kesinambungan keperibadian negara Soviet yang sah.
[20] Rusia mempunyai
ekonomi ke-10 terbesar di dunia dari segi
KDNK nominal atau
keenam terbesar dari segi
pariti kuasa beli, dengan perbelanjaan ketenteraan nominal
kelima terbesar. Rusia ialah salah satu daripada lima
negara bersenjata nuklear sah yang memiliki simpanan
senjata pemusnah besar-besaran yang terbanyak di dunia.
[21] Rusia ialah sebuah
kuasa besar dan anggota tetap
Majlis Keselamatan PBB, sebuah anggota
G8,
G20,
Majlis Eropah,
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik,
Pertubuhan Kerjasama Shanghai,
Komuniti Ekonomi Eurasia,
Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), dan juga anggota teraju
Komanwel Negara-Negara Merdeka.