Demografi Rusia

Komposisi etnik (2002)[107]
Rusia79.8%
Tatar3.8%
Ukraine2.0%
Basykir1.2%
Cuvasy1.1%
Chechen0.9%
Armenia0.8%
Lain-lain/tidak dinyatakan10.4%
Jumlah penduduk (juta orang) Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (KRSS) (1950–1991), Persekutuan Rusia (1991 – 1 Januari 2010).

79.8% jumlah penduduk negara adalah etnik Rusia. Persekutuan Rusia juga diduduki oleh sebilangan kelompok etnik minoriti yang ramai ahlinya. Sejumlah 160 kelompok etnik minoriti dan orang pribumi berlainan yang tinggal dalam lingkungan wilayahnya.[108] Walaupun Rusia ramai sekali jumlah penduduknya, namun kepadatan penduduknya rendah kerana saiz negara yang teramat besar. Kependudukannya paling padat di Eropah Rusia, dekat Pergunungan Ural, dan di Siberia barat daya. 73% penduduk Rusia tinggal di kawasan bandar, dan 27% di luar bandar.[109] Hasil awal Banci 2010 mencatat jumlah penduduk seramai 142,905,200 orang.[110]

Kependudukan Rusia memuncak pada 148,689,000 orang pada tahun 1991, sejurus sebelum pembubaran Kesatuan Soviet. Akan tetapi, jumlah penduduknya mula merosot dengan mendadak mulai pertengahan 1990-an.[111] Mujurlah penyusutan itu terbendung akhir-akhir ini kerana kadar kematian menyusut, kadar kelahiran meningkat dan jumlah pendatang makin ramai.[112]

Pada tahun 2009, Rusia mencatatkan pertumbuhan penduduk tahunan yang pertama dalam 15 tahun, iaitu menokok 10,500 orang.[112] Pada tahun itu, 279,906 orang pendatang tiba di Persekutuan Rusia; 93% mereka datang dari rantau Komanwel Negara-negara Merdeka.[112] Jumlah penghijrah keluar dari Rusia juga beransur menyusut dari 359,000 pada tahun 2000 ke 32,000 pada tahun 2009.[112] Juga terdapat kira-kira 10 juta orang pendatang haram dari negara-negara bekas Soviet di Rusia.[113] Sekitar 116 juta orang etnik Rusia tinggal di negara Rusia[108] dan sekitar 20 juta orang lagi tinggal di bekas republik Kesatuan Soviet yang lain,[114] terutamanya di Ukraine dan Kazakhstan.[115]

Kadar kelahiran Rusia lebih tinggi daripada kebanyakan negara Eropah (12.6 kelahiran per 1000 orang pada 2010[112] berbanding purata Kesatuan Eropah iaitu 9.90 per 1000),[116] tetapi kadar kematiannya pun lebih tinggi (pada tahun 2010, kadar kematian Rusia adalah 14.3 per 1000 orang[112] berbanding purata Kesatuan Eropah iaitu 10.28 per 1000).[117] Kerajaan sedang melaksanakan program-program yang direka untuk meningkatkan kadar kelahiran serta menarik lebih ramai pendatang. Bayaran sokongan anak bulanan digandakan kepada AS$55, dan bayaran sekali sebanyak AS$9,200 ditawarkan kepada wanita yang beranak kedua sejak tahun 2007.[118]

Bandaraya terbesar


Moscow

Saint Petersburg

Novosibirsk

Yekaterinburg

Ked.Bandaraya TerasNama dalam bahasa RusiaSubjek PersekutuanJumlah penduduk


Nizhny Novgorod

Kazan

Samara

Omsk

1MoscowМоскваMoscow10,508,971
2Saint PetersburgСанкт-ПетербургSt. Petersburg4,600,310
3NovosibirskНовосибирскNovosibirsk1,397,191
4YekaterinburgЕкатеринбургSverdlovsk1,332,264
5Nizhny NovgorodНижний НовгородNizhny Novgorod1,272,527
6KazanКазаньTatarstan1 136 566
7SamaraСамараSamara1 135 318
8OmskОмскOmsk1,129,120
9ChelyabinskЧелябинскChelyabinsk1,093,699
10Rostov-on-DonРостов-на-ДонуRostov1,048,991
11UfaУфаBashkortostan1,024,842
12PermПермьPerm985,794
13VolgogradВолгоградVolgograd981,909
14KrasnoyarskКрасноярскKrasnoyarsk947,801
15VoronezhВоронежVoronezh843,496
16SaratovСаратовSaratov830,953
17TolyattiТольяттиSamara720,346
18KrasnodarКраснодарKrasnodar710,686
19IzhevskИжевскUdmurtia611,043
20YaroslavlЯрославльYaroslavl606,336
Rosstat (2009)[119][120]

Bahasa

Rencana utama: Bahasa Rusia
Negara-negara di mana bahasa Rusia dituturkan.

160 kelompok etnik di Rusia bertutur dalam kira-kira 100 bahasa.[9] Menurut banci 2002, 142.6 juta orang berbahasa Rusia, diikuti 5.3 juta berbahasa Tatar dan 1.8 juta berbahasa Ukraine.[121] Bahasa Rusia ialah satu-satunya bahasa kebangsaan, tetapi Perlembagaan memberi setiap republik hak untuk menjadikan bahasa tempatan masing-masing sebagai bahasa rasmi bersama bahasa Rusia.[122]

Walaupun tersebar luas, namun bahasa Rusia adalah seragam di seluruh Rusia. Bahasa Rusia merupakan bahasa yang paling tersebar luas di Eurasia dan bahasa Slavik yang paling ramai penuturnya.[123] Ia tergolong dalam rumpun bahasa Indo-Eropah pada cabang bahasa Slavik Timur, di samping bahasa-bahasa Belarus dan Ukraine. Contoh tulisan bahasa Slavik Timur Lama (bahasa Rusia lama) terbukti datang dari seawal-awal abad ke-10.[124]

Pusat Bahasa Rusia berkata bahawa satu perempat karya sastera sains Rusia diterbitkan dalam bahasa Rusia.[125] Bahasa Rusia juga digunakan untuk mengarang dan menyimpan ilmu pengetahuan sejagat. 60–70% segala maklumat di dunia diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Rusia.[125] Bahasa Rusia ialah salah satu daripada enam bahasa rasmi PBB.[126]

Agama

Kuil Segala Agama di bandar Kazan yang berbilang budaya

Kristian Ortodoks, Islam, Buddha dan Yahudi merupakan agama-agama tradisional Rusia yang sah membentuk "warisan sejarah" Rusia.[127] Anggaran jumlah orang beragama jauh berbeza antara sumber. Sesetengah laporan meletakkan bilangan orang tanpa agama di Rusia pada 16–48% jumlah penduduk.[128]

Easter ialah perayaan agama yang paling terkenal di Rusia, kerana ia disambut oleh lebih 90% warganegara Rusia, termasuk ramai yang tidak beragama. Lebih tiga perempat orang Rusia menyambut Easter dengan membuat kuih-muih tradisional, telur berwarna dan paskha.[129]

Disusur kembali hingga peristiwa pengkristianan Kievan Rus' pada abad ke-10, agama Ortodoks Rusia merupakan agama yang dominan di negara; kira-kira 100 juta orang rakyat mengakui diri mereka sebagai penganut Kristian Ortodoks Rusia.[130] 95% kariah Ortodoks yang berdaftar tergolong dalam Gereja Ortodoks Rusia manakala yang selebihnya bernaung di bawah mazhab-mazhab Ortodoks yang lebih kecil.[131] Bagaimanapun, kebanyakan besar penganut Ortodoks tidak kerap mengunjungi gereja. Mazhab-mazhab Kristian selain Ortodoks juga wujud, seperti Katolik, Gregorian Armenia, dan Protestan.

Jumlah umat Islam di Rusia dianggarkan sekurang-kurangnya sekitar 7–9 juta orang oleh sumber tempatan dan seramai 15–20 juta orang oleh sumber Barat dan Islam.[132] Juga terdapat 3–4 juta orang pendatang Muslim sementara dari negara-negara pasca-Soviet.[133] Kebanyakan umat Islam tinggal di kawasan Volga-Ural, di samping Kaukasus, Moscow, St. Petersburg dan Siberia Barat.[134]

Agama Buddha ialah kepercayaan tradisional bagi tiga kawasan di Persekutuan Rusia, iaitu Buryatia, Tuva, dan Kalmykia. Sesetengah penduduk kawasan Siberia dan Timur Jauh seperti di Yakutia dan Chukotka, mengamalkan adat kepawangan, panteisme, dan pagan, di samping agama-agama utama. Aruhan agama di kalangan masyarakat Rusia adalah berasaskan pola etnik. Kaum Slav dikuasai agama Ortodoks Kristian, manakala kaum Turkik kebanyakannya umat Islam, dan orang Mongolik pula beragama Buddha.[135]

Kesihatan

Klinik bergerak yang disediakan untuk menyediakan penjagaan kesihatan di stesen keretapi yang terpencil

Perlembagaan Rusia menjamin penjagaan kesihatan sejagat yang percuma untuk semua warganegara.[136] Namun demikian, penjagaan kesihatan percuma sekarang terhad disebabkan rejim propiska.[137] Walaupun Rusia lebih ramai tabib, hospital dan penjaga kesihatan per kapita daripada mana-mana negara lain di dunia,[138] namun sejak Kesatuan Soviet dibubarkan, tahap kesihatan rakyat Rusia banyak merosot akibat perubahan sosial, ekonomi dan gaya hidup;[139] cuma baru-baru ini gejala ini terbendung apabila purata jangka hayat meningkat 2.4 tahun untuk lelaki dan 1.4 tahun untuk wanita pada tahun 2006-09.[112]

Pada tahun 2009, purata jangka hayat di Rusia adalah 62.77 tahun untuk lelaki dan 74.67 tahun untuk perempuan.[140] Faktor terbesar yang menyebabkan jangka hayat lelaki agak berkurangan ialah kadar kematian yang tinggi di kalangan lelaki berusia bekerja akibat punca-punca yang boleh dielakkan (cth., keracunan alkohol, merokok, kemalangan jalan raya, jenayah kekerasan).[112] Disebabkan jurang besar jangka hayat antara jantina serta kesan berpanjangan kematian beramai-ramai pada Perang Dunia II, Rusia masih mengalami ketidakseimbangan jantina yang mana terdapat 0.859 lelaki kepada setiap seorang perempuan.[40]

Pendidikan

Sebuah sekolah di Moscow. Menara Universiti Negara Moscow kelihatan dari jauh.

Rusia mengamalkan sistem pendidikan percuma yang dijamin untuk semua warganegara oleh Perlembagaan,[141] tetapi kemasukan ke dalam pendidikan tinggi memang banyak persaingannya.[142] Berkat penekanan hebat terhadap sains dan teknologi dalam pendidikan, penyelidikan perubatan, matematik, sains dan aeroangkasa Rusia mendapat martabat tinggi.[143]

Sejak tahun 1990, persekolahan selama 11 tahun diperkenalkan. Pendidikan di sekolah menengah milik negara adalah percuma; pendidikan tinggi (tahap universiti) pertama adalah percuma secara tempahan: ramai sekali siswa-siswi yang masuk dengan membayar penuh (banyak institusi awam yang mulai membuka kekosongan berbayar dewasa ini).[144]

Pada tahun 2004, perbelanjaan kerajaan untuk pendidikan adalah sebanyak 3.6% KDNK, atau 13% jumlah belanjawan negara terkumpul.[145] Kerajaan memperuntukkan pembiayaan untuk membayar yuran pelajaran bagi sebilangan siswa tertentu untuk setiap institusi awam. Di institusi-institusi pengajian tinggi, para siswa dibayar sejumlah biasiswa yang kecil serta diberi penginapan percuma.[146]

Universiti yang tertua dan terbesar di Rusia masing-masing ialah Universiti Negara Moscow dan Universiti Negara St. Petersburg. Pada 2000-an, untuk melahirkan institusi-institusi pendidikan tinggi dan penyelidikan yang sama setanding antara kawasan di Rusia, kerajaan melancarkan program menubuhkan universiti persekutuan, terutamanya dengan menggabungkan universiti dan institut penyelidikan serantau yang besar-besar serta menyediakan dana khas kepada institusi-institusi terbabit. Antara institusi-institusi ini ialah Universiti Persekutuan Selatan, Universiti Persekutuan Siberia, Universiti Persekutuan Kazan Volga, Universiti Persekutuan Timur Laut dan Universiti Persekutuan Timur Jauh.

Rujukan

WikiPedia: Rusia http://www.mercer.com.au/pressrelease/details.htm?... http://www.abc.net.au/news/newsitems/200606/s16612... http://learn.utoronto.ca/Page625.aspx http://www.achtungpanzer.com/panzerkampfwagen-t-34... http://www.aneki.com/students.html http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/24432/An... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/317574/K... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/513251/R...