Politik Rusia

Rencana utama: Politik Rusia
Kremlin Moscow, tempat kediaman dan kerja Presiden Rusia

Menurut Perlembagaan Rusia, negara ini merupakan persekutuan dan republik separa berpresiden, yang mana Presiden ialah ketua negara[31] dan Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. Persekutuan Rusia pada dasarnya berstruktur demokrasi berperwakilan berbilang parti, dengan kerajaan persekutuan yang terdiri daripada tiga cabang:

Presiden dipilih oleh rakyat mengundi untuk penggal enam tahun (layak hingga dua penggal sahaja, tetapi bukan penggal ketiga berturut-turut).[32] Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan timbalan-timbalan, menteri-menteri, dan individu-individu lain yang terpilih; kesemua mereka dilantik oleh Presiden atas nasihat Perdana Menteri (sementara pelantikan Perdana Menteri memerlukan persetujuan Duma Negara). Parti-parti politik utama di Rusia termasuk Rusia Bersatu, the Parti Komunis, the Parti Demokratik Liberal Rusia, dan Rusia Adil.

Para pemerhati Barat telah mengutarakan persoalan sejauh mana sistem politik Rusia menyamai gagasan demokrasi liberal Barat. Para akademik sering bersungut mengenai kesukaran mengelaskan sistem politik rusia Rusia. Menurut Steve White, sewaktu kepresidenan Putin, Rusia menegaskan tiada niatnya untuk menubuhkan "edisi kedua" sistem politik Amerika atau British, sebaliknya mengidamkan sistem yang lebih dekat dengan tradisi dan keadaan Rusia sendiri.[33] Richard Sakwa menulis bahawa kerajaan Rusia bahawa kerajaan Rusia dianggap sah tanpa keraguan oleh majoriti besar rakyat Rusia dan berusaha menyampaikan barangan awam tanpa menggunakan cara-cara di luar batas demokrasi, namun masih dipertikaikan sama ada sistem demokrasi ini semakin tidak liberal atau terpencar.[34]

Hubungan luar

Para pemimpin negara BRIC pada tahun 2008: (l-r) Manmohan Singh dari India, Dmitry Medvedev dari Rusia, Hu Jintao dari China dan Luiz Inácio Lula da Silva dari Brazil.

Mengikut undang-undang antarabangsa, Persekutuan Rusia diakui sebagai negara pewaris Kesatuan Soviet.[20] Rusia masih melaksanakan komitmen antarabangsa KRSS dan mengambil alih kerusi tetap KRSS dalam Majlis Keselamatan PBB, dan juga keanggotaan dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa yang lain, hak-hak dan kewajipan mengikut perjanjian antarabangsa, dan harta-harta dan hutang-hutang Kesatuan Soviet. Rusia mengamalkan dasar luar negara yang pelbagai. Pada tahun 2009, Rusia menjalin hubungan diplomatik dengan 191 negara serta mempunyai 144 kedutaan. Dasar luar ditentukan oleh Presiden dan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Rusia.[35]


Negara-negara anggota, pemerhati dan rakan Pertubuhan Kerjasama Shanghai.

Selaku satu daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, Rusia memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Rusia mengambil bahagian dalam Kuartet Timur Tengah dan perundingan enam negara dengan Korea Utara. Rusia menganggotai Kumpulan Lapan (G8) negara berindustri, Majlis Eropah, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik. Rusia biasa memainkan peranan kepimpinan dalam pertubuhan-pertubuhan serantau seperti Komanwel Negara-negara Merdeka, Komuniti Ekonomi Eurasia, Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Bersama, dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai.[36] Semenjak Kesatuan Soviet dibubarkan, Rusia telah mengeratkan hubungan yang lebih mesra dengan NATO. Majlis NATO-Rusia ditubuhkan pada tahun 2002 untuk membolehkan 26 Sekutu dan Rusia bekerjasama sebagai rakan setara untuk mengejar peluang berusaha sama.[37]

Rusia turut menjalin hubungan yang utuh dan positif dengan negara-negara BRIC yang lain. Baru-baru ini, negara ini turut ingin mengukuhkan hubungan khususnya dengan Republik Rakyat China dengan menandatangani Perjanjian Persahabatan serta membina Talian paip minyak Trans-Siberia yang bertujuan memenuhi keperluan tenaga China.[38]

Tentera

Perarakan Hari Kemenangan Moscow 2010

Tentera Rusia terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara. Juga terdapat tiga angkatan pertahanan bebas, iaitu Pasukan Roket Strategik, Angkatan Angkasa Tentera, dan Pasukan Payung Terjun. Pada tahun 2006, tentera Rusia dianggotai oleh 1.037 juta kakitangan yang aktif bertugas.[39] Semua warganegara lelaki berusia 18–27 tahun wajib dikerah ke dalam Tentera selama setahun.[40]

Rusia mempunyai simpanan senjata nuklear terbesar di dunia, dan juga armada kapal selam misil balistik kedua terbesar dan satu-satunya negara selain Amerika Syarikat yang mempunyai pasukan pengebom strategik moden.[21][41] Pasukan kereta kebal Rusia adalah yang terbesar di dunia, manakala tentera laut dan udaranya adalah antara yang tergagah.

Negara ini mempunyai industri persenjataan yang besar dan buatan tempatan sepenuhnya, iaitu mengeluarkan majoriti besar kelengkapan tentera sementara hanya mengimport sedikit senjata. Rusia ialah pembekal senjata terunggul di dunia sejak tahun 2001, kerana menyumbangkan sekitar 30% jualan senjara sedunia[42] serta mengeksport senjata ke kira-kira 80 negara.[43]

Perbelanjaan ketenteraan kerajaan rasmi pada tahun 2008 adalah $58 bilion, iaitu yang kelima terbesar di dunia, namun pelbagai pihak mendakwa bahawa perbelanjaan tentera Rusia jauh lebih tinggi daripada itu.[39][44]

Pembahagian pentadbiran

Peta subjek-subjek Persekutuan Rusia.Subjek persekutuan

Persekutuan Rusia terdiri daripada 83 subjek persekutuan.[45] Subjek-subjek ini mempunyai perwakilan yang sama rata, iaitu dua wakil bagi setiap satu, di Majlis Persekutuan.[46] Bagaimanapun, subjek-subjek ini berbeza dari segi tahap autonominya.

  • 46 oblast (wilayah): jenis subjek persekutuan yang terbanyak, dengan gabenor lantikan persekutuan dan perundangan lantikan setempat.
  • 21 republik: berautonomi atas nama; setiap satu mempunyai perlembagaan, presiden dan parliment sendiri. Republik dibenarkan menetapkan bahasa rasmi sendiri di samping bahasa Rusia tetapi diwakili oleh kerajaan persekutuan dalam hal-ehwal luar negara. Republik dimaksudkan sebagai tanah air kelompok etnik minoriti tertentu.
  • 9 krai (jajahan): pokoknya sama dengan oblast. Nama "krai" adalah bersejarah, asalnya diberikan kepada kawasan sempadan dan juga bahagian pentadbiran yang terdiri daripada okrug berautonomi atau oblast berautonomi.
  • 4 okrug (negeri autonomi): asalnya entiti berautonomi dalam oblast dan krai yang dibentuk untuk kelompok minoriti etnik, tarafnya dinaikkan kepada subjek persekutuan pada 1990-an. Semua pentadbiran okrug berautonomi masih tertakluk kepada krai atau oblast yang dianggotainya kecuali Negeri autonomi Chukotka.
  • 1 oblast autonomi (Wilayah autonomi Yahudi): asalnya oblast berautonomi selaku unit pentadbiran di bawah taklukan krai. Pada tahun 1990, semuanya kecuali WA Yahudi dinaik taraf kepada republik.
  • 2 bandar persekutuan (Moscow dan St. Petersburg): bandaraya besar yang berfungsi sebagai kawasan berasingan.
Daerah persekutuan

Subjek-subjek persekutuan dikumpulkan kepada lapan daerah persekutuan, setiap satunya ditadbir oleh seorang duta lantikan Presiden Rusia.[47] Berbeza dengan subjek persekutuan, daerah persekutuan ini bukan peringkat kerajaan subnasional, sebaliknya merupakan tahap pentadbiran dalam kerajaan persekutuan. Duta daerah persekutuan berkhidmat sebagai penghubung antara subjek-subjek dan kerajaan persekutuan, dan bertanggungjawab terutamanya untuk memantau kepatuhan subjek-subjek dengan undang-undang persekutuan.

Rujukan

WikiPedia: Rusia http://www.mercer.com.au/pressrelease/details.htm?... http://www.abc.net.au/news/newsitems/200606/s16612... http://learn.utoronto.ca/Page625.aspx http://www.achtungpanzer.com/panzerkampfwagen-t-34... http://www.aneki.com/students.html http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/24432/An... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/317574/K... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/513251/R...