Rusuhan_Stonewall

Rusuhan Stonewall merupakan siri demonstrasi ganas dan spontan golongan homoseksual terhadap serbuan polis yang berlaku pada awal pagi 28 Jun 1969 di Stonewall Inn di kawasan Greenwich Village di Bandar Raya New York. Siri rusuhan ini disebut sebagai kejadian pertama dalam sejarah Amerika apabila masyarakat homoseksual memberontak terhadap sistem kerajaan yang menghukum minoriti seksual seperti golongan homoseksual dan rusuhan ini menandakan bermulanya gerakan hak homoseksual di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.Golongan gay dan lesbian Amerika pada tahun 1950an dan 1960an menghadapi sistem perundangan yang anti homoseksual daripada sesetengah negara di Pakatan Warsaw.[note 1][1] Kumpulan awal homoseksual di AS mahu membuktikan golongan gay boleh berasimilasi ke dalam masyarakat dan mereka lebih suka pendekatan pendidikan yang tidak berkonfrontasi bagi kedua-dua homoseksual dan heteroseksual. Tahun-tahun akhir 1960an bagaimanapun lebih kontroversi apabila banyak pergerakan sosial yang aktif termasuk Gerakan Hak Asasi Amerika-Afrika dan demonstrasi anti peperangan. Pengaruh ini bersama-sama dengan persekitaran liberal Greenwich Village menyediakan pemangkin kepada rusuhan Stonewall.Hanya sedikit tempat perniagaan yang mengalu-alukan golongan gay pada tahun 1950an dan 1960an. Kebanyakan dari tempat ini selalunya bar, walaupun pemilik dan pengurus bar ini sangat jarang gay. Pada masa itu Stonewall Inn dimiliki oleh Mafia. Ia didatangi oleh pelbagai golongan dan terkenal sebagai tempat popular bagi golongan terpinggir dalam masyarakat gay seperti tranvestite (pondan), lelaki lembut, pelacur lelaki dan remaja tidak berumah. Serbuan polis terhadap bar gay merupakan rutin pada tahun 1960an tetapi pegawai polis mula hilang kawalan di Stonewall Inn dan menarik perhatian orang ramai yang mencetuskan rusuhan. Ketegangan di antara polis dan golongan gay Greenwich Village meletus menjadi protes pada keesokan petangnya dan malam-malam seterusnya. Dalam masa beberapa minggu, penduduk di Greenwich Village mula mengatur kumpulan aktivis untuk menubuhkan tempat bagi gay dan lesbian di mana mereka boleh mempamerkan orientasi seks mereka tanpa rasa takut ditahan.

Rujukan

WikiPedia: Rusuhan_Stonewall http://www.huffingtonpost.com/karl-frisch/media-co... http://www.imdb.com/title/tt0464189/ http://cityroom.blogs.nytimes.com/2009/06/22/polic... http://www.columbia.edu/cu/lweb/eresources/exhibit... http://www.nps.gov/nhl/designations/samples/ny/sto... http://prpm.dbp.gov.my/ http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=contoh&d=3762... http://www.democracynow.org/2009/6/26/stonewall_ri... http://www.nycgovparks.org/parks/M012/highlights/1... http://www.nycpride.org