Rusuhan_kaum_Singapura_1964
Rusuhan_kaum_Singapura_1964

Rusuhan_kaum_Singapura_1964

Rusuhan Kaum 1964 berlaku di Singapura ketika ia masih dalam Malaysia. Ketika itu, perayaan menyambut hari Maulidur Rasul telah diadakan di seluruh Malaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Di Singapura, 212 pertubuhan Islam menyertai perhimpunan tersebut. Sehingga pukul 1 petang pada 21 Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang. Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, selaku ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi. Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang. Ketika perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar pukul 5 petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjong Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. Seramai 50 orang cedera, dan kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada 8.30 malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan begitu dahsyat sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sesi 9.30 malam. Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi cedera.[1]

Rujukan

WikiPedia: Rusuhan_kaum_Singapura_1964 http://www.csmonitor.com/2002/0205/p07s01-woap.htm... //scholar.google.com/scholar?q=%22Rusuhan+kaum+Sin... //www.google.com/search?&q=%22Rusuhan+kaum+Singapu... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Rusuh... //www.google.com/search?q=%22Rusuhan+kaum+Singapur... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Rusuhan+kau... http://lamankm2b.tripod.com/cgi-bin/m/KM2A1/4564.h... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... http://library.thinkquest.org/04oct/00301/project%...