Imej S.S.C._Napoli

Naples merupakan sebuah kota yang didirikan di tepi pantai dan warna-warna kelab ini diambil daripada laut Teluk Naples. Asalnya, warna-warna ini disertakan dengan nama kelab Napoli FBC. Sejak 1920an hanya warna biru sahaja digunakan untuk memaparkan warna azure (biru) supaya mereka berkongsi nama samaran azzurri bersama pasukan kebangsaan Itali.

Salah satu nama samaran Napoli ialah I ciucciarelli yang membawa maksud "keldai kecil" dalam dialek tempatan dan mereka diberi gelaran ini apabila Napoli beraksi hambar ketika musim 1926–27. Ia pada membawa erti penghinaan, namun Napoli tetap menggunakan keldai sebagai maskot yang digelar 'O Ciuccio, memaparkan dengan bangganya.[28]

Lambang kelab Napoli sangat terkenal dengan huruf "N" yang tertera dalam satu bulatan. Lambang ini dapat dijejak ke kelab Internazionale Napoli, juga menggunakan lambang yang hampir sama pada pakaiannya. Sejak Napoli secara rasminya memakai lambang "N", Napoli telah mengubah sedikit demi sedikit pada masa-masa tertentu; kadang-kadang ia meletakkan nama kelab di keliling lambang tetapi kadang-kadang tidak. Manakala huruf "N" yang tertera di lambang kebiasannya berwarna putih tetapi kadang-kadang diletakkan warna emas.

Partenopei merupakan nama samaran popular untuk orang dan kelab dari kota Naples pada amnya. Ia berdasarkan mitologi Yunani di mana Siren Parthenópē cuba untuk memikat Odysseus dari atas kapalnya untuk ke Capri. Akhirnya, Parthenope tidak mampu hidup apabila cintanya ditolak oleh Odysseus lalu beliau terjun dan mayatnya naik ke permukaan air di pesisiran Naples.

Rujukan

WikiPedia: S.S.C._Napoli http://www.4thegame.com/features/feature/180001/.h... http://www.altalex.com/documents/leggi/2011/12/07/... http://www.channel4.com/sport/football_italia/arti... http://www.deloitte.com/view/en_GB/uk/industries/s... http://asia.eurosport.com/football/serie-a/2015-20... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-n... http://members.fortunecity.com/edvella/mascot.html http://members.fortunecity.com/edvella/roots.html http://www.juventus.com/en/news/news/2016/higuain-... http://www.rsssf.com/tablesa/angloitleagcup.html