S.S.C._Napoli
S.S.C._Napoli

S.S.C._Napoli

Società Sportiva Calcio Napoli, atau dirujuk sebagai Napoli (disebut [ˈnaːpoli]), merupakan sebuah kelab profesional Itali yang berpangkalan di Naples, Itali. Napoli kini bermain di Serie A. Kelab ini merupakan salah satu kelab cemerlang di Itali di mana ia telah meraih dua kejuaraan Serie A, lima gelaran Coppa Italia dan dua kali merangkul Supercoppa Italiana. Di pentas Eropah, kelab ini memenangi Piala UEFA pada musim 1988–89.Napoli juga kelab keempat di Itali memiliki peminat tertinggi di belakang Juventus, Internazionale dan Milan selain Napoli satu-satunya kelab paling cemerlang di selatan Itali. Kelab ini berada di kedudukan kelima kelab bola sepak paling berharga di Serie A di belakang Inter, Roma, Milan dan Juventus dalam terma pendapatan kelab iaitu sebanyak €125.5 juta pada tahun 2015.Napoli salah satu ahli Pertubuhan Kelab Eropah, sebuah organisasi yang menggantikan G-14 yang terdapat kelab bola sepak berprestij di Eropah. Menurut Deloitte Football Money League, sehingga tahun 2014, Napoli merupakan kelab ke-15 terkaya di dunia.[1] Napoli juga di kedudukan ke-8 kelab terbaik di Eropah dan kedua terbaik di Itali jika mengikut kedudukan yang dikeluarkan UEFA pada Januari 2016.[2]Kelab ini mempunyai salah satu kelab yang mempunyai pendapatan tertinggi dan mempunyai pangkalan peminat terbesar di dunia. Napoli disenaraikan dalam kelab bola sepak paling bernilai oleh Forbes dan Napoli di kedudukan ke-17 dengan berharga 353 juta dolar. Pada tahun 2015, Napoli berada di kedudukan ketujuh daripada 20 kelab paling berharga di dunia. Sehingga 2015, pendatan tahunan Napoli dianggarkan sebanyak $224 juta dan membuatkan Napoli berada di kedudukan ketiga dalam Serie A dan ke-16 kelab memiliki pendapatan tertinggi. Napoli menjadi terkenal di seluruh dunia apabila pemain legenda 1980an, Diego Maradona bermain untuk kelab ini pada masa itu. Napoli juga mempunyai pemain yang meraih anugerah Ballon d'Or iaitu Fabio Cannavaro yang memulakan kariernya di sini dan ramai pemain Napoli menjadi terkenal dan terkemuka. Menurut Statistik dan Sejarah Bola Sepak Persekutuan (IFFHS), Napoli merupakan kelab ketiga terbaik di dunia pada tahun 2015.[3]

Rujukan

WikiPedia: S.S.C._Napoli http://www.4thegame.com/features/feature/180001/.h... http://www.altalex.com/documents/leggi/2011/12/07/... http://www.channel4.com/sport/football_italia/arti... http://www.deloitte.com/view/en_GB/uk/industries/s... http://asia.eurosport.com/football/serie-a/2015-20... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-n... http://members.fortunecity.com/edvella/mascot.html http://members.fortunecity.com/edvella/roots.html http://www.juventus.com/en/news/news/2016/higuain-... http://www.rsssf.com/tablesa/angloitleagcup.html