Sejarah S.S.C._Napoli

Napoli ditubuhkan dengan nama Naples Foot-Ball & Cricket Club pada tahun 1904 oleh kelasi Inggeris, William Poths dan pembantunya Hector M. Bayon.[4] Orang Napoli di situ seperti Conforti, Catterina dan Amedeo Salsi juga terlibat dalam penubuhan kelab ini. Kit asal kelab ini ialah berwarna biru muda dan baju berjalur biru laut bersama seluar pendek hitam.[5] Perlawanan pertama Napoli ialah menentang krew Inggeris dari bot Arabik dan keputusannya Napoli menang 3-2. Nama kelab ini ditukar kepada Naples Foot-Ball Club pada tahun 1906.[petikan diperlukan]

Pada awal penubuhannya, Kejohanan Bola Sepak Itali dianjurkan terhad hanya untuk kelab di utara Itali namakala kelab di selatan Itali bertanding menentang kelasi.[6] Selain itu, Napoli meraih tiga kejuaraan Lipton Challenge Cup anjuran Thomas Lipton dan ketiga-tiga perlawanan akhir itu antara Napoli dan Palermo FBC. Kontinjen asing di kelab itu berpecah pada tahun 1912 lalu terbentuknya satu kelab lain iaitu Internazionale Napoli[7] dan pertama kali kedua-dua kelab membuat debut dalam Kejohanan Itali pada musim 1912-13. Walaupun kedua-dua pasukan ini menjadi musuh bagi kelab masing-masing, keputusan mereka tidak cemerlang pada era selepas Perang Dunia Pertama dan akhirnya mereka bergabung sebagai Foot-Ball Club Internazionale-Naples atau dikenali sebagai FBC Internaples.[petikan diperlukan]

Associazione Calcio Napoli

Di bawah pimpinan presiden Giorgio Ascarelli, kelab ini mengubah namanya kepada Associazione Calcio Napoli pada 23 Ogos 1926.[8] Selepas permulaan yang lemah dengan hanya mengumpul mata tunggal dalam kejuaraan Itali,[9] Napoli dimasukkan semula ke Serie A oleh Persekutuan Bola Sepak Itali dan prestasi Napoli mula bertambah baik dan berterima kasih kepada pemain kelahiran Paraguay, Attila Sallustro yang menjadi minat buat penyokong Napoli.[10] Beliau juga menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Napoli dan rekod itu masih dipegangnya sehingga ke hari ini.

Napoli menyertai era Serie A di bawah pengurusan William Garbutt. Ketika tempohnya selama enam tahun, kelab ini mengalami perubahan dramatik apabila menamatkan musim di bahagian tengah liga.[11] Ini juga termasuk Napoli menduduki tempat ketiga sebanyak dua kali iaitu pda musim 1932-33 dan 1933-34. Pada tahun-tahun menghadapi Perang Dunia Kedua, Napoli kian mundur dan akhirnya Napoli tersingkir ke Serie B pada musim 1939-40.[12]

Napoli berpindah dari Stadio Giorgio Ascarelli ke Stadio Arturo Collana dan kekal di Serie B sehingga perang tamat. Ketika permainan bersambung, Napoli mara ke Serie A namun tersingkir ke Serie B dua musim kemudian kerana terbabit dalam skandal rasuah.[13] Napoli mula ke Serie A semula pada awal 1950an. Napoli berpindah ke gelanggan baru mereka, Stadio San Paolo pada tahun 1959. Tiga tahun kemudian, Napoli menjulang trofi Coppa Italia buat pertama kali seleps menewaskan SPAL, 2-0.[14]

Era Maradona

Peminat Napoli meraikan kejuaraan scudetto pertama Napoli pada Mei 1987.

Kelab ini menukar namanya kepada Società Sportiva Calcio Napoli pada 25 Jun 1964[15] dan Napoli mula bangkit selepas layak ke Serie A pada musim 1965-66 sebelum beraksi di Serie B sebelum ini. Di bawah pengurusan bekas pemain Bruno Pesaola, mereka memenangi Coppa delle Alpi[16] dan menjadi pasukan elit di Serie A.[17] Napoli memberikan tentangan terhadap pendahulu liga, AC Milan pada musim 1967-68 apabila Napoli menamatkan musim di tempat naib juara. Dalam tempoh ini, beberapa pemain ternama muncul antaranya Dino Zoff, José Altafini, Omar Sívori dan Antonio Juliano. Juliano merupakan pemain Napoli membuat kemunculan terbanyak dan sehingga kini, rekod itu masih dipegang olehnya.

Napoli meneruskan rentak cemerlangnya pada era 1970an dengan berada di tempat ketiga liga pada musim 1970–71 dan 1973–74.[18] Di bawah bimibingan bekas pemain Luís Vinício, Napoli layak ke kejohanan Piala UEFA pada musim 1974-75 dan mereka melangkah ke pusingan kalah mati sebelum tewas kepada pasukan Republik Czech, Baník Ostrava 3-1 secara agregat. Pada musim sama, Napoli menduduki tempat naib juara Serie A di belakang pendahulu Juventus.[19]

Selepas menewaskan Southampton 4–1 secara agregat untuk meraih Piala Liga Itali-Inggeris,[20] Napoli layak ke Piala Juara-Juara UEFA pada musim 1976-77, mereka melangkah ke separuh akhir sebelum tewas 2-1 kepada wakil Belgium, Anderlecht.[21] Mereka juga merangkul kejuaraan kedua, Coppa Italia pada 1975–76 dengan menyingkirkan Milan dan Fiorentina sebelum menewaskan Verona 4–0 dalam perlawanan akhir.[22] Dalam liga Itali, prestasi Napoli agak konsisten dan termasuk dalam enam pasukan gergasi Itali pada lewat 1970an.[23] Pada awal 1980an, kelab ini menduduki tempat ketiga pada musim 1980-81. Walau bagaimanapun, kelab ini terselamat daripada zon penyingkiran pada tahun 1983.[24]

Fail:1986-87 Serie A - SSC Napoli v Juventus FC - Diego Maradona & Michel Platini.jpgMaradona bersama Platini dari Juventus ketika musim 1986-87.

Napoli memecah rekod perpindahan dunia apabila mengikat Diego Maradona dari Barcelona dengan harga 12 juta euro pada 30 Jun 1984.[25] Pasukan Napoli mula bangkit apabila menduduki tempat ketiga untuk musim 1985-86. Pada musim 1986–87 merupakan musim bersejarah bagi pasukan Napoli apabila mereka akhirnya menjulang trofi Serie A dan merangkul kejuaraan Coppa Italia setelah menewaskan Atalanta 4–0. Disebabkan pasukan dari Selatan Itali tidak pernah menjuarai sebarang kejuaraan liga, kali ini Maradona mengubah sosial, budaya dan ikon agama[26] untuk orang-orang Napoli.

Kelab ini tidak terlalu cemerlang dalam peringkat Piala Eropah pada musim berikutnya dan sekadar naib juara di Serie A. Walau bagaimanapun Napoli menjadi juara Piala UEFA 1988-89 dan merangkul kejuaraan Eropah pertama. Napoli menambah lagi gelaran Serie A pada musim 1989-90 selepas perbezaan dua mata dengan Milan.

Ketika Piala Dunia FIFA 1990, San Paolo satu-satunya stadium yang tidak mengejek lagu kebangsaan Argentina ketika berlangsung dan Maradona tunduk kepada penyokong Napoli dan akhirnya negara Maradona layak ke perlawanan akhir. Walau bagaimanapun, selepas perlawanan akhir, Persekutuan Bola Sepak Itali memaksa Maradona melakukan ujian doping dan keputusannya beliau didapati negatif kerana mengambil kokain. Kemudian, Maradona berkata bahawa ia adalah satu plot untuk membalas dendam untuk acara-acara di Piala Dunia. Maradona digantung 15 bulan dan dilarang untuk bermain bersama Napoli lagi. Kelab ni menjuarai Supercoppa Italiana pada tahun yang sama selepas melakar kemenangan 5-1 ke atas Juventus dan ini merupakan trofi terakhir buat Napoli dalam masa 22 tahun. Pada saingan Piala Eropah, mereka tersingkir di pusingan kedua.

Kemerosotan dan kebangkitan

Napoli menamatkan musim 1991-92 di tempat keempat dan Napoli beransur-ansur menjadi merosot selepas musim itu. Pemain-pemain seperti Gianfranco Zola, Daniel Fonseca, Ciro Ferrara dan Careca meninggalkan Napoli pada tahun 1994. Napoli tidak berjaya ke Piala UEFA 1994-95 kerana tersingkir dalam pusingan kelayakan. Namun, Napoli mara ke perlawanan akhir Coppa Italia 1996-97 namun tewas 3-1 kepada Vicenza. Prestasi Napoli di Serie A amat mengecewakan dan akhirnya Napoli tersingkir ke Serie B pada penghujung musim 1997-98 selepas hanya mencatat tiga kemenangan sepanjang musim.

Kelab ini kebali ke Serie A selepas musim 1999-2000 dan namun, kelab ini sekali lagi tersingkir ke divisyen kedua pada musim berikutnya. Di Serie B, mereka gagal untuk mendapat tempat di Serie A pada musim depan. Mereka gagal untuk merebut tempat ke Serie A apabila beraksi di Serie B untuk musim 2001-02. Untuk memulihkan keadaan bola sepak di Naples, pembikin filem Aurelio De Laurentiis menukarkan nama kelab ini kepada Napoli Soccer. Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) meletakkan Napoli dalam Serie C1 dan mereka juga gagal merebut tempat untuk kenaikan liga pada musim Serie C1 2004-05.

Disebabkan Napoli bermain di divisyen tercorot, purata kehadiran penontonnya mengalahkan kelab dari Serie A dengan memecah rekod kehadiran Serie C sebanyak 51,000 penonton pada satu perlawanan. Pada musim berikutnya, mereka akhirnya kembali ke Serie B dan De Laurentiis memperbaharui nama kelab ini kepada Società Sportiva Calcio Napoli pada Mei 2006. Mereka berjaya menerima kenaikan liga pada musim 2006-07 selepas mengalahkan Genoa pada perlawanan akhir musim. Napoli menamatkan kempen di Serie A bagi musim 2007-08 di tempat ketujuh liga dan memberikannya tempat di pusingan kelayakan Piala Intertoto UEFA.

Pada musim 2007-08, Napoli disaksikan layak ke Piala UEFA 2007-08 melalui Piala Intertoto 2008. Namun, pasukan ini tersingkir pada pusingan pertama oleh Benfica. Pada peringkat domestik, Napoli bermua dengan menarik apabila menduduki tempat di Liga Juara-Juara namun apabila di pertengahan musim, Napoli jatuh ke tangga 11 liga dan kesannya jurulatih Edy Reja dipecat pada Mac 2009 dan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Itali, Roberto Donadoni dilantik bagi menggantikannya.

Napoli memulakan musim 2009-10 di Serie A dengan beberapa keputusan yang tidak memuaskan. Selepas tewas 2-1 kepada Roma pada Oktober 2009, Donadoni melepaskan tugasnya dan digantikan oleh Walter Mazzarri. Di bawah bimbingan Mazzarri, Napoli melonjak ke tangga enam liga dan menempah tempat ke Liga Europa. Napoli membeli beberapa pemain terkenal antaranya Edinson Cavani untuk menghadapi musim 2010-11. Akhirnya, Napoli menduduki tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara untuk musim hadapan.

Barisan pemain Napoli pada tahun 2015

Pada musim 2011-12, Napoli menamatkan musim kelima di Serie A tetapi berjaya mengalahkan juara liga, Juventus di Stadio Olimpico untuk menjulang Coppa Italia buat kali keempat dalam sejarah kelab selepas 25 tahun penantiannya. Napoli juga melalui musim cemerlang dalam Liga Juara-Juara selepas penyertaan pertamanya pada musim 1990-91. Napoli menduduki tempat kedua kumpulan di belakang kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dan memintas Manchester City, akhirnya layak ke pusingan 16 sebelum disingkirkan oleh Chelsea.

Pada musim 2012-13, Napoli menduduki tempat kedua Serie A dan ini adalah kedudukan terbaik Napoli sejak memenangi scudetto pada musim 1989-90. Edinson Cavani menjadi penjaring terbanyak liga dengan menjaringkan 29 gol sebelum beliau dijual ke Paris Saint-Germain untuk menjadi rekod perpindahan tertinggi kelab sebanyak 57 juta paun sterling.

Untuk menghadapi musim seterusnya, Walter Mazzarri meninggalkan Napoli untuk menjadi jurulatih Internazionale dan digantikan oleh pengurus dari Sepanyol, Rafael Benítez, ini membuatkan beliau menjadi jurulatih asing membiming Napoli sejak Zdeněk Zeman dari Republik Czech pada tahun 2000.[27] Hasil penjualan Cavani, Napoli membeli tiga pemain Real Madrid iaitu Gonzalo Higuaín, Raúl Albiol dan José Callejón selain Dries Mertens dan Pepe Reina. Mereka menamatkan musim ini dengan menjuarai Coppa Italia selepas mengalahkan Fiorentina, 3-1 dan menjadikan trofi kelima buat Napoli. Selain itu, Napoli juga menduduki tempat ketiga di Serie A dan membolehkannya untuk beraksi di Liga Juara-Juara pada musim hadapan. Menurut Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS), Napoli dipilih sebagai kelab ketiga terbaik dunia pada tahun 2015 walaupun gagal layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2014-15.

Pada 1 Disember 2015, selepas mengalahkan Inter Milan, 2-1 di halaman sendiri, Napoli gah di tangga teratas Serie A buat pertama kali dalam masa 25 tahun. Pada 10 Januari 2016, kemenangan 5-1 ke atas Frosinone di tempat lawan membolehkan Napoli juara liga buat separuh musim dan berterima kasih kepada Sassuolo yang menang tipis 1-0 ke atas Inter di San Siro.

Rujukan

WikiPedia: S.S.C._Napoli http://www.4thegame.com/features/feature/180001/.h... http://www.altalex.com/documents/leggi/2011/12/07/... http://www.channel4.com/sport/football_italia/arti... http://www.deloitte.com/view/en_GB/uk/industries/s... http://asia.eurosport.com/football/serie-a/2015-20... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-n... http://members.fortunecity.com/edvella/mascot.html http://members.fortunecity.com/edvella/roots.html http://www.juventus.com/en/news/news/2016/higuain-... http://www.rsssf.com/tablesa/angloitleagcup.html