S.S._Lazio
S.S._Lazio

S.S._Lazio

Società Sportiva Lazio, ataupun dikenali sebagai Lazio (sebutan bahasa Itali: [ˈlattsjo]), merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Rom, ibu kota Itali. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1900 dan turut banyak beraksi di Serie A, divisyen pertama Itali. Lazio telah merangkul kejuaraan liga sebanyak dua kali dalam sejarah, enam piala domestik, tiga kali juara Supercoppa Italiana dan berjaya meraih gelaran Piala Juara-Juara UEFA dan Piala Super UEFA sebanyak satu kali.Kelab ini mula mencapai tahap cemerlangnya pada tahun 1958 apabila memenangi piala domestiknya yang pertama. Pada tahun 1974, Lazio akhirnyaa menjulang trofi Serie A buat pertama kali. 15 tahun kemudian, kelab ini melalui zaman kegemilangannya apabila merangkul Piala Juara-Juara UEFA dan Piala Super UEFA pada tahun 1999 dan memperoleh scudetto' pada tahun berikutnya. Jersi Lazio berlandaskan warna biru langit, seluar pendek berwarna putih dan stoking putih. Warna-warna ini mengingatkan kepada legasi Hellenic pada era Rom. Tempat halaman bagi kelab ini ialah Stadio Olimpico yang mempunyai 70,634 tempat duduk selain stadium ini dikongsi dengan kelab Roma sehingga tahun 2016 apabila Roma mendapat sebuah stadium baru iaitu Stadio della Roma. Malah, Roma merupakan pesaing ketat bagi Lazio dan pertembungan kedua-dua pasukan ini disebut Derby della Capitale (diterjemahkan sebagai Pertembungan Ibu Kota atau Pertembungan Rom) dan mereka mula bermusuh sejak 1929.[2]Lazio juga merupakan sebuah kelab sukan yang mempunyai 40 sukan di dalamnya dan ia antara kelab pelbagai sukan terbanyak di dunia.

S.S._Lazio

Stadium Stadio Olimpico
Rom, Itali
(Muatan: 70,634[1])
Pemilik Claudio Lotito
Diasaskan 9 Januari 1900 (1900-01-09) (120 tahun yang lalu), as Società Podistica Lazio
Tapak sesawang Laman kelab
Ketua jurulatih Simone Inzaghi
2017–18 Serie A, Ke-5
Liga Serie A
Nama penuh Società Sportiva Lazio S.p.A.
Presiden Claudio Lotito
Gelaran I Biancocelesti (Putih dan Biru Langit)
I Biancazzurri (Putih dan Biru)
Le Aquile (Helang)
Gli Aquilotti (Sang Helang)