Kerjaya S._Atan

Sebelum beliau bekerja dengan syarikat rakaman EMI sebagai penerbit bermula pada tahun 1972, beliau ada bekerja dengan Majlis Bandaran Shah Alam. Selepas 13 tahun bekerja dengan EMI, beliau telah berpindah ke syarikat rakaman Irama Malaysia selama 2 tahun. Bagaimanapun, beliau akhirnya berhenti bekerja di Irama Malaysia untuk menjadi komposer dan penerbit album bebas.[2]