S._Kadarisman
S._Kadarisman

S._Kadarisman

S. Kadarisman atau nama penuhnya Shahadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak (12 Mei 1922 - 17 Februari 1989) merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang berasal daripada keluarga yang berlatar belakangkan seni. Huruf 'S' dipangkal nama Kadarisman bermaksud Shahadat iaitu keturunan nenek moyang beliau. S. Kadarisman dilahirkan di Singapura[1] dalam keluarga wayang bangsawan. Datuk beliau, Hussain Golpan merupakan pengasas bangsawan. Ibu beliau pula merupakan seorang primadonan bangsawan.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Glam dan Rangoon English School, Victoria School sebelum memasuki sekolah aliran agama di Sekolah Arab Alsagoff di Singapura.S. Kadarisman mula berlakon dalam filem Menantu Durhaka terbitan syarikat di Indonesia. Di Malay Film Productions, beliau merupakan salah seorang anggota dalam Majlis Penapis Cerita. Serba boleh di dalam apa jua peranan. Cerita-ceritanya telah diterima oleh P. Ramlee untuk diarahkan. Diantaranya filem Labu Labi dan Madu Tiga.

S._Kadarisman

Dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman
Pekerjaan Pelakon, pengarah
Pasangan Fatimah Khairuddin
Tahun aktif 1942–1974
Anak 10
Nama lain Shahadat Kadarisman, Pak Kadar
Majikan Malay Film Productions Ltd
Merdeka Film Productions
Terkenal kerana Antara Dua Darjat
Warganegara Singapura
Meninggal dunia 17 Februari 1989(1989-02-17) (umur 66)
Singapura
Sebab kematian Penyakit kencing manis dan serangan jantung
Kelahiran Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak
(1922-05-12)12 Mei 1922
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)