Sejarah S

Proto-Semitic šPhoenician SEtruscan SGreek Sigma

Huruf Syin ("gigi") dari bahasa-bahasa Semitik pernah mewakili frikatif postalveolar tanpa suara /ʃ/ (seperti dalam syarat). Bentuk asalnya mungkin mewakili gambar gigi atau buah dada. Bahasa Greek tidak mempunyai bunyi ini, maka huruf sigma (Σ) digunakan untuk mewakili /s/. Nama "sigma" barangkali dipetik daripada huruf Semitik "Sâmek" (ikan; tulang belakang) dan bukannya "Šîn". Dalam bahasa Etruscan dan Latin, nilai [s] dikekalkan, dan hanya dalam bahasa modenlah di mana huruf ini dipakai untuk mewakili bunyi lain, seperti frikatif postalveolar tanpa suara [ʃ] dalam bahasa Hungary dan Jerman (sebelum p, t) atau frikatif alveolar bersuara [z] dalam bahasa Inggeris (rise, "bangun"), Perancis (lisez, "baca") dan Jerman (lesen, "membaca").

Nota: Laman ini mengandungi simbol fonetik IPA dalam Unikod. Lihat carta IPA untuk bahasa Inggeris untuk kunci sebutan.

Pada masa dahulu, satu bentuk alternatif bagi s, iaitu ſ (s panjang), diguna pada permulaan atau pertengahan perkataan dalam bahasa-bahasa Eropah tertentu; bentuk terkininya, s spendek, diguna pada akhir perkataan. Contonhya, sinfulness ("penuh dosa") ditulis sebagai ſinfulneſs menggunakan s panjang itu. Penggunaan long s merosot menjelang awal abad ke-19, gara-gara untuk mengurangkan kekeliruan dengan huruf f kecil. Ligatur "ſs" (atau "ſz") dalam bahasa Jerman menjadi ess-tsett ( ß ).

Dalam buku teks biologi sekolah tinggi yang digunakan pada 1960-an, sepatah teks yang membincangkan penemuan sel dalam tisu haiwan oleh ahli biologi Inggeris bernama Robert Hooke dihasilkan semula secara fotostatik, termasuklah "s panjang." Suatu penjelasan membacakan, "The type is quaint, but once you notice that an s is often much like an f, you fhould have little trouble reading it." ("Cetakan ini aneh tetapi menarik, tetapi apabila anda mendapati huruf s kelihatan bagai huruf f, maka anda fepatutnya mendapati tidak fukar membacanya.")