SAM:_Saya_Amat_Mencintaimu
SAM:_Saya_Amat_Mencintaimu

SAM:_Saya_Amat_Mencintaimu

SAM: Saya Amat Mencintaimu[2] ialah sebuah filem romantik, misteri dan seram ngeri psikologi Malaysia 2012 arahan Syafiq Yusof. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Neelofa dan Azad Jazmin.[3]Mengisahkan tentang cinta Sam dengan rakan sekerjanya Lisa, tetapi Lisa diganggu oleh Haikal sehingga mereka berdua diculik dan disembunyikan di sebuah kilang percetakan lama. Filem ini menerima 5 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan memenangi satu daripada lima pencalonan yang diterima. Ia juga melayakkan Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada The Malaysia Book Of Records. SAM ditayangkan pada 19 Ogos 2012 bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.