SCART (dari
Bahasa Perancis [Syndicat des Constructeurs d'Appareils Radiorécepteurs et Téléviseurs] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (
bantuan), Persatuan Pengilang Penerima Radio dan Televisyen) ialah piawaian yang berasal dari
Perancis dan juga nama penyambung 21 pin berasaskan piawaian tersebut yang bertujuan menyambungkan kelengkapan audio-visual (AV). SCART juga dikenali sebagai [Péritel] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (
bantuan) (terutamanya di Perancis), 21-pin EuroSCART (istilah yang digunakan oleh
Sharp dalam cubaan memasarkan penyambung ini di rantau Asia, Euroconector
[1] atau
EuroAV. Di Amerika Syarikat, SCART juga dikenali sebagai
EIA Multiport (sejenis
antara muka EIA).Di Eropah, SCART ialah kaedah penyambungan kelengkapan audio-visual yang terlaris, hinggakan menjadi piawaian utama bagi peranti-peranti sedemikian (berbanding
palam fono); tetapi jarang ditemui di tempat lain. Bagaimanapun, sebagai bahantara pemindahan kandungan analog berdefinisi biasa, SCART semakin kurang digunakan berikutan kemunculan piawaian digital baru seperti
HDMI yang juga boleh membawa kandungan
definisi tinggi dan
audio berbilang saluran. Namun demikian, HDMI juga berasaskan konsep-konsep yang pernah dikembangkan untuk SCART; misalnya,
HDMI-CEC diterbitkan dari
AV.link SCART.Piawaian rasmi untuk SCART ialah
CENELEC nombor dokumen EN 50049-1. SCART kadang-kala dirujuk sebagai piawaian IEC 933-1.