SDN48

SDN48 (dipendekkan dari Saturday Night 48) ialah kumpulan idola wanita "dewasa" yang dicipta oleh Akimoto Yasushi. Kumpulan ini diumumkan sebagai sebahagian dari persembahan "orang dewasa" sahaja dimana mereka membuat persembahan setiap hari Sabtu pada pukul 10 malam di teater AKB48, Akihabara. Kesemua anggota kumpulan ini berumur lebih dari 20 tahun dan kumpulan ini merupakan kakak kepada kumpulan AKB48. Persembahan SDN48 adalah lebih matang dan seksi berbanding persembahan AKB48 dan mempunyai umur yang terhad untuk menyertainya iaitu 18 tahun dan ke atas.