SK_Telecom
SK_Telecom

SK_Telecom

SK Telecom ialah sebuah pengendali telekomunikasi bimbit yang dikuasai oleh Kumpulan SK, salah satu chaebol yang terbesar di Korea Selatan. Ia merupakan pembekal perkhidmatan bimbit yang utama di Korea Selatan, dengan sekitar 50% bahagian pasaran pada tahun 2005. SK Telecom dijenamakan sebagai Speed 012 pada zaman pager kerana pager-pagernya mempunyai kod kawasan 012. Jenama ini kemudian ditukarkan menjadi Speed 011 apabila telefon bimbit menjadi lebih popular pada sekitar tahun 1998, dengan 011 sekali lagi merupakan kod kawasan untuk telefonnya. Kini, semua telefon bimbit Korea Selatan yang baru didaftarkan bermula dengan kod kawasan 010, tanpa menghiraukan pembekal perkhidmatan yang sebenar. Ini sebahagian disebabkan SK Telecom telah menguasai pasaran telefon bimbit sehingga nombor 011 telah menjadi suatu jenama pada dirinya dan dianggap sebagai kes pengiklanan tersirat atau peletakan keluaran yang diharamkan di Korea. SK Telecom terpaksa dipisahkan daripada SK Teletech kerana telefon-telefon bimbit Sky yang dibekalkan oleh SK Teletech tertatarajah hanya untuk perkhidmatan SK Telecom. SK Telecom juga membekalkan berbagai-bagai perkhidmatan internet melalui anak syarikatnya, SK Communications. Cyworld merupakan salah satu perkhidmatan blog yang terpopular di Korea Selatan, dengan NateOn merupakan salah satu perkhidmatan pesanan segera yang paling popular.